Kematangan Demokrasi: Hormati Mandat Rakyat, Jangan Paksa Formula Politik
Kematangan Demokrasi: Hormati Mandat Rakyat, Jangan Paksa Formula Politik

Isu penyertaan Barisan Nasional (BN) di kesemua 56 kerusi DUN untuk PRN Johor akan datang nampaknya mendapat maklum balas daripada rakan-rakan Pakatan Harapan (PH) Johor.
Pertama sekali, terima kasih saya ucapkan kepada PH Johor kerana menghormati pendirian kami. Ini satu petanda yang baik bahawa prinsip demokrasi yang kita sebut-sebut selama ini benar-benar berjalan secara matang.
Namun, ada beberapa perkara yang perlu kita perbetulkan supaya rakyat tidak keliru dengan naratif yang cuba dibawa:
Pertembungan di Negeri Bukan Perkara Baharu (Belajar dari PRN Sabah)
Jangan gambarkan seolah-olah keputusan BN Johor ini satu ‘kejutan besar’ atau cubaan nak runtuhkan kestabilan negara. Kita kena jujur dengan sejarah politik kita.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengukuhan Parti Jadi Fokus Utama UMNO Beaufort, Yakin Terus Relevan
- Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi
- ‘Perkasa Jentera Dengan Kemahiran AI, Kuasai Algoritma Media Sosial’
Ingat balik apa yang berlaku di PRN Sabah sebelum ini. Walaupun pemimpin PH, BN dan GRS duduk bersama dalam satu Jemaah Menteri di peringkat Persekutuan, di peringkat negeri tetap berlaku pertembungan kerusi secara sihat.
Pertembungan di Johor tidak akan sesekali menggugat kestabilan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.
Jadi, PH Johor tidak perlulah berpura-pura terkejut atau sangsi dengan keputusan 56 DUN ini.
Jangan Kaitkan Projek Pembangunan dengan Formula Kerusi
Satu perkara yang kurang manis adalah apabila ada cubaan halus yang mahu mengaitkan bantuan, peruntukan atau projek pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan kepada Johor dengan urusan agihan kerusi pilihan raya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Pengerusikan Mesyuarat Tertinggi KKDW, Perkukuh Agenda Pembangunan Desa
- Ulang Tahun Ke-80: Asas Pembangunan Negara Berakar Daripada Perjuangan UMNO – Ruzaini
- Majlis Ulama UMNO Tegur Ahli Parlimen Pas, Seru Henti Politik Pecahbelahkan Umat
UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir

Ini pemikiran politik yang silap. Amanah Kerajaan Persekutuan adalah kepada seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira parti mana yang memerintah negeri tersebut.
Malah, pimpinan PH sendiri selalu tegaskan sebelum ini bahawa tiada negeri yang akan dianaktirikan, walaupun negeri itu ditadbir oleh pembangkang. Jadi, kenapa bila masuk bab Johor, prinsip itu tiba-tiba nak diubah?
Rakyat Johor Boleh Nilai Rekod Kerja BN
Kemajuan, pelaburan masuk berbilion ringgit dan peningkatan ekonomi yang dinikmati oleh Bangsa Johor hari ini adalah bukti nyata keberkesanan pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional.
Rakyat hari ini bijak. Mereka tidak menilai pemimpin atas kertas rundingan kerusi, tetapi mereka menilai atas hasil kerja yang nyata di lapangan.
Perlu Ada Kejujuran Politik (Political Honesty)
Rakan-rakan PH Johor juga perlu muhasabah diri. Selama ini, pimpinan PH tidak henti-henti mengkritik, menyerang dasar dan membina persepsi negatif terhadap BN Johor di media sosial.
Selepas segala serangan itu dibuat, agak janggal dan pelik apabila tiba-tiba mereka datang menuntut ruang rundingan kerusi atas dasar ‘keikhlasan’. Keikhlasan tidak datang dengan sikap dwi-standard iaitu menyerang di luar, tapi mahu ‘berkawan’ di meja rundingan.
Medan Persaingan yang Sihat
BN Johor mengambil keputusan bertanding di kesemua 56 DUN ini demi memikul amanah, prinsip dan hasrat sebenar akar umbi serta rakyat Johor.
Kami tidak mengejar kuasa mutlak, tetapi kami mahu menyerahkan mandat ini sepenuhnya kepada kebijaksanaan rakyat untuk menilai.
-Mari kita jadikan PRN Johor ini sebagai medan persaingan yang sihat dan matang. Biarkan rakyat Johor sendiri memilih gabungan mana yang paling berkesan, paling stabil dan paling layak untuk menguruskan masa depan negeri bertuah ini.
Insya-Allah, BN Johor sentiasa komited memberikan yang terbaik demi kemakmuran Bangsa Johor.

Datuk Abdul Halim Suleiman
Setiausaha UMNO & Barisan Nasional (BN) Negeri Johor
Isu penyertaan Barisan Nasional (BN) di kesemua 56 kerusi DUN
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Seru Belia Terus Jadi Penggerak Masa Depan Negara
- Projek LRA Kedah: MB Wajib Ambil Tahu Pembangunan Infra Rakyat
- Ulang Tahun ke-80: Sambutan Di Istana Besar, Tanda Kebangkitan Semula UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja
You must be logged in to post a comment.