‘Perkasa Jentera Dengan Kemahiran AI, Kuasai Algoritma Media Sosial’
‘Perkasa Jentera Dengan Kemahiran AI, Kuasai Algoritma Media Sosial’

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Penerangan UMNO Malaysia melaksanakan Kursus Kemahiran Kecerdasan Buatan (AI) sebagai langkah memperkasa warga penerangan parti dalam memanfaatkan teknologi digital.
Diadakan di Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia (WTC) semalam, ia disertai oleh jentera penerangan bahagian untuk berkongsi penggunaan AI dalam menyebarkan maklumat berkenaan politik khidmat bakti parti.
Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaacob pada ucapannya menyifatkan penguasaan teknologi AI kini menjadi satu keperluan penting kepada seluruh jentera penerangan bagi memastikan UMNO terus relevan dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan landskap komunikasi semasa.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pendang berkata, kaedah ini berupaya meningkatkan keterlihatan UMNO di ruang digital melalui penguasaan algoritma media sosial yang lebih berkesan.
“Saya berharap melalui kursus ini anda akan dapat menggunakan kemahiran ini dengan lebih baik bagi menyebarkan maklumat mengenai UMNO dan fakta-fakta.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- TVET Jadi Kunci Malaysia Terajui Industri EV Dan Tenaga Baharu — Ahmad Zahid
- Program Ekonomi MADANI ATM Fokus Pembangunan Sosio-Ekonomi Keluarga Tentera
- Ahmad Zahid Hargai Dedikasi Jururawat, Penggerak Utama Penjagaan Kesihatan Negara
Azalina Tinjau Cadangan Penempatan Mahkamah Komersial Baharu, Perkukuh Sistem Kehakiman
“Malah kita jangkakan dengan kemahiran ini membolehkan kita mengawal algortima di dalam media sosial… ini yang penting,” katanya.

Suraya dalam pada itu memaklumkan inisiatif yang dilaksanakan menerusi Sekolah Digital ini akan diadakan secara mingguan bagi memberi peluang kepada lebih ramai ahli menambah ilmu dan memperkukuh keupayaan masing-masing.
“Kalau kita semua dapat keluarkan banyaknya infomasi menggunakan AI kita boleh berikan pemahaman kepada mereka yang membaca sekalgus meletakkan UMNO sebagai tajuk-tajuk berita utama di dalam media sosial,” ujar beliau.
Terdahulu, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid pada bulan lalu merasmikan Majlis Pelancaran Program Eksekutif: Executive Certificate In Digital Communication Leadership yang merupakan antara inisiatif di bawah Program Sekolah Digital UMNO.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen parti memperkukuh keupayaan kepimpinan dan jentera UMNO dalam mendepani cabaran komunikasi politik yang semakin dinamik. – UMNO Online
‘Perkasa Jentera Dengan Kemahiran AI, Kuasai Algoritma Media Sosial’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Pengerusikan Mesyuarat Tertinggi KKDW, Perkukuh Agenda Pembangunan Desa
- Ulang Tahun Ke-80: Asas Pembangunan Negara Berakar Daripada Perjuangan UMNO – Ruzaini
- Majlis Ulama UMNO Tegur Ahli Parlimen Pas, Seru Henti Politik Pecahbelahkan Umat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir
You must be logged in to post a comment.