Wanita rugi RM288,761 terjerat pelaburan saham palsu
Wanita rugi RM288,761 terjerat pelaburan saham palsu

MIRI: Seorang wanita tempatan kerugian RM288,761 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan saham dalam talian tidak wujud yang menggunakan platform dikenali sebagai ‘Aetherbridge Capital / AB Limited’.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Miri menerima laporan berhubung kejadian itu pada 12 Mei lalu.
Menurutnya, mangsa yang berusia awal 30-an dikatakan berkenalan dengan seorang individu dikenali sebagai ‘Chloe’ menerusi aplikasi Xiaohongshu sekitar tahun 2025 sebelum diperkenalkan dengan pelaburan berkenaan.
“Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp berkaitan pelaburan itu sebelum diarahkan memuat turun aplikasi ‘AB Limited’ melalui Apple Apps Store.
“Suspek turut meyakinkan mangsa bahawa pelaburan itu sah kerana paparan maklumat saham dalam aplikasi berkenaan menyerupai aplikasi perdagangan saham sebenar seperti Maybank Trade selain menunjukkan keuntungan selepas urus niaga dilakukan,” katanya dalam kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- TVET Jadi Kunci Malaysia Terajui Industri EV Dan Tenaga Baharu — Ahmad Zahid
- Program Ekonomi MADANI ATM Fokus Pembangunan Sosio-Ekonomi Keluarga Tentera
- Ahmad Zahid Hargai Dedikasi Jururawat, Penggerak Utama Penjagaan Kesihatan Negara
Azalina Tinjau Cadangan Penempatan Mahkamah Komersial Baharu, Perkukuh Sistem Kehakiman
Beliau berkata, sepanjang tempoh pelaburan itu, mangsa membuat 22 transaksi pindahan wang ke beberapa akaun syarikat berbeza membabitkan jumlah keseluruhan RM288,761.
Katanya, apabila mangsa mahu mengeluarkan keuntungan pelaburan, suspek mempengaruhi wanita itu supaya terus membeli saham kononnya bagi memperoleh keuntungan lebih tinggi sehingga pengeluaran tidak dapat dilakukan.
“Pada 12 Mei lalu, mangsa sekali lagi cuba membuat pengeluaran namun gagal, sebelum diminta membayar penalti RM80,000 bagi membolehkan pengeluaran dibuat.
“Mangsa kemudian menyedari dirinya ditipu kerana gagal mengeluarkan modal dan keuntungan yang dijanjikan,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi IPD Miri di talian 085-432533.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Memperbaharui Iltizam Perjuangan Demi Masa Depan Malaysia
- Sesi Fotografi: Ahmad Zahid Sifatkan Peristiwa Signifikan, Kenang Sejarah Penubuhan UMNO
- ‘UMNO Bukan Lahir Kerana Musim, Tetapi Atas Dasar Tanggungjawab’ – Dr Akmal
UMNO 80 Tahun: Dari Istana Kembali Ke Istana, Mengangkat Sejarah Perjuangan Bangsa
Dalam pada itu, polis menasihatkan masyarakat supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi dalam tempoh singkat.
Semakan status pelaburan boleh dibuat melalui laman web Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi memastikan sesuatu pelaburan itu mempunyai kelulusan sah.
Mangsa penipuan siber juga digalakkan segera menghubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 sekiranya baru melakukan transaksi ke akaun disyaki milik sindiket penipuan.
Wanita rugi RM288,761 terjerat pelaburan saham palsu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Pengerusikan Mesyuarat Tertinggi KKDW, Perkukuh Agenda Pembangunan Desa
- Ulang Tahun Ke-80: Asas Pembangunan Negara Berakar Daripada Perjuangan UMNO – Ruzaini
- Majlis Ulama UMNO Tegur Ahli Parlimen Pas, Seru Henti Politik Pecahbelahkan Umat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir
You must be logged in to post a comment.