Ahmad Zahid Pengerusikan Mesyuarat Tertinggi KKDW, Perkukuh Agenda Pembangunan Desa

Ahmad Zahid Pengerusikan Mesyuarat Tertinggi KKDW, Perkukuh Agenda Pembangunan Desa

Ahmad Zahid Pengerusikan Mesyuarat Tertinggi KKDW, Perkukuh Agenda Pembangunan Desa

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KKDW sebagai usaha menyelaras gerak kerja kementerian serta semua agensi di bawahnya agar pelaksanaan setiap agenda pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, penyelarasan yang baik amat penting bagi memastikan segala perancangan kementerian dapat diterjemahkan secara efektif demi manfaat rakyat, khususnya komuniti luar bandar.

Dalam masa sama, beliau turut mengalu-alukan pelantikan Datuk Seri Suriani Ahmad sebagai Ketua Setiausaha KKDW yang baharu ke dalam barisan kepimpinan tertinggi kementerian.

“Saya berharap seluruh warga KKDW akan terus bergerak sebagai satu pasukan yang kuat dan berjiwa besar dalam menjayakan agenda pembangunan desa demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negara,” katanya.

Beliau turut menegaskan komitmen KKDW untuk terus memperkukuh agenda pembangunan desa secara inklusif dan mampan selaras aspirasi kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar. – UMNO Online

Ahmad Zahid Pengerusikan Mesyuarat Tertinggi KKDW, Perkukuh Agenda Pembangunan Desa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azalina Tinjau Cadangan Penempatan Mahkamah Komersial Baharu, Perkukuh Sistem Kehakiman

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker