Azalina Tinjau Cadangan Penempatan Mahkamah Komersial Baharu, Perkukuh Sistem Kehakiman

Azalina Tinjau Cadangan Penempatan Mahkamah Komersial Baharu, Perkukuh Sistem Kehakiman

Azalina Tinjau Cadangan Penempatan Mahkamah Komersial Baharu, Perkukuh Sistem Kehakiman

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said telah mengadakan lawatan ke Menara MATRADE bersama delegasi kehakiman yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hashim Hamzah bagi meninjau cadangan lokasi penempatan Mahkamah Komersial baharu di sini.

Ujarnya, lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan MADANI dalam memperkukuhkan sistem penyampaian keadilan komersial yang lebih moden, cekap dan kondusif selaras dengan perkembangan ekonomi serta keperluan semasa negara.

Azalina yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, penubuhan Mahkamah Komersial baharu itu penting bagi memastikan ekosistem perundangan negara terus relevan dan mampu menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

“Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuhkan sistem penyampaian keadilan komersial yang lebih moden, cekap dan kondusif selaras dengan perkembangan ekonomi serta keperluan semasa negara,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ulang Tahun Ke-80: UMNO Tunjang Utama Pembentukan Negara – Samasuddin


Beliau turut memaklumkan bahawa lawatan berkenaan memberi ruang kepada pihak terlibat untuk menilai kesesuaian lokasi serta kemudahan yang diperlukan bagi operasi mahkamah tersebut pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Azalina turut merakamkan penghargaan kepada pihak Malaysia External Trade Development Corporation atas sesi lawatan dan perbincangan yang berlangsung dengan baik.

“Terima kasih saya ucapkan kepada pihak MATRADE atas sesi lawatan dan perbincangan yang amat baik hari ini,” katanya lagi. – UMNO Online

Azalina Tinjau Cadangan Penempatan Mahkamah Komersial Baharu, Perkukuh Sistem Kehakiman

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO 80 Tahun: Dari Istana Kembali Ke Istana, Mengangkat Sejarah Perjuangan Bangsa

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker