Keresahan Melayu Mesti Diurus Dengan Hikmah dan Penyelesaian – Ahmad Zahid
Keresahan Melayu Mesti Diurus Dengan Hikmah dan Penyelesaian – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keresahan orang Melayu hari ini perlu diurus dengan ilmu, hikmah dan tindakan berasaskan penyelesaian, bukannya dimanipulasi menjadi kebencian atau modal politik sempit.
Menurut beliau, Musyawarah Nasional yang julung kali diadakan itu diwujudkan sebagai medan untuk membedah keresahan bangsa secara matang dan bertanggungjawab.
“Kerana percayalah dalam kita bermusyawarah, ada keresahan rakyat yang tidak boleh kita pandang ringan, ada kegelisahan anak muda yang mencari ruang pekerjaan, ada kebimbangan ibu bapa yang memikirkan kelangsungan kehidupan, dan ada persoalan besar tentang hala tuju bangsa ini,” katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena Musyawarah Nasional bertemakan ‘Keresahan Bangsa Melayu: Apakah Penyelesaiannya?’ di sini, hari ini.
Beliau berkata, keresahan Melayu hari ini tidak muncul secara tiba-tiba, sebaliknya terkumpul akibat tekanan ekonomi, perubahan politik, cabaran teknologi serta ketidaktentuan global sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Namun, apabila kita berbicara tentang keresahan Melayu, jangan sesekali ia disalahertikan sebagai penolakan terhadap perpaduan. Ini bukan soal perkauman. Ini soal tanggungjawab terhadap bangsa teras yang menjadi salah satu tunjang kestabilan, keharmonian dan kemakmuran negara,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tarik Minat Anak Muda: Pemimpin UMNO Sentiasa Berfikiran ‘Luar Kotak’ – Penganalisis
- Kerajaan Johor Komited Perkasa Ekonomi Mikro, Bela Kebajikan Peniaga Kecil – Mohd Jafni
Kes DNAA Ahmad Zahid Uji Kedudukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan
Ahmad Zahid turut menegaskan keresahan tersebut tidak boleh dibiarkan menjadi kemarahan yang memecah-belahkan masyarakat.
“Keresahan ini tidak boleh dibakar menjadi kebencian. Ia tidak boleh dimanipulasi menjadi modal politik sempit. Sebaliknya, keresahan ini mesti diurus dengan ilmu, dipandu dengan hikmah dan digerakkan dengan keberanian supaya resah tidak menjadi marah, tetapi berubah menjadi arah,” ujarnya.
Dalam ucapan sama, beliau menggariskan lima medan utama keresahan orang Melayu iaitu melibatkan agama dan institusi Raja-Raja Melayu, ekonomi dan pemilikan, pendidikan dan bakat masa depan, sosial serta perpaduan nasional, selain politik dan kestabilan kuasa Melayu.
Menyentuh aspek ekonomi, beliau berkata orang Melayu perlu bergerak daripada sekadar menjadi pengguna kepada pemilik ekonomi yang menguasai rantaian nilai dan industri masa depan.
“Matlamatnya mesti jelas iaitu bukan sekadar menyertai ekonomi, tetapi memiliki ekonomi; bukan sekadar berniaga, tetapi membina industri,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Solidariti Warga KEMAS: RM143,239 Dikumpul Bantu Mangsa Kebakaran Kampung Bahagia
- RIMBUN 2.0 Jadi Medan Wacana Kedaulatan Ekonomi Negara – Syauqi
- Penerangan UMNO Bergerak Proaktif, Tangani Persepsi Rakyat
Dr Akmal Tegur Pihak Pertikai Titah Sultan Selangor, Henti Politikkan Isu
Beliau turut mengingatkan bahawa perpaduan nasional akan terhakis sekiranya sensitiviti agama, budaya dan bahasa dipandang ringan.
“Perpaduan tidak runtuh sekaligus; ia terhakis apabila asas yang menyatukan rakyat mula diremehkan,” katanya.
Ahmad Zahid juga berharap Musyawarah Nasional menjadi titik permulaan kepada usaha menyusun semula kekuatan dan hala tuju bangsa Melayu secara lebih tersusun dan inklusif.
“Bangsa yang disegani bukan bangsa yang paling kuat mengeluh, tetapi bangsa yang paling berani berubah bagi menentukan masa depannya sendiri,” katanya lagi. – UMNO Online
Keresahan Melayu Mesti Diurus Dengan Hikmah dan Penyelesaian – Ahmad Zahid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi
- 80 Tahun UMNO Bukti Ketahanan Perjuangan Demi Agama, Bangsa dan Negara — Najib
- Jangan Jadikan Isu ADUN Lantikan Sebagai Modal Serangan Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat
You must be logged in to post a comment.