Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi

Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi

Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Pendaftaran keahlian secara dalam talian terus membuahkan hasil apabila berjaya menarik minat golongan muda untuk menyertai UMNO, sekali gus membuktikan parti itu kekal relevan dan responsif terhadap perubahan zaman.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Fikhran Hamshi Mohamad Fatmi berpandangan langkah tersebut memberi kemudahan kepada mana-mana individu berumur 18 tahun ke atas yang berminat untuk menyertai UMNO tanpa berdepan kerenah birokrasi yang rumit.

“Sudah pasti kita mengalu-alukan penyertaan golongan muda kerana sebelum ini ada tanggapan bahawa generasi ini kurang berminat terhadap politik. Namun, apabila pendaftaran online diperkenalkan, ia jelas mengurangkan ‘birokrasi’ dan memudahkan proses penyertaan.

“Lebih 60 peratus daripada pendaftaran keahlian baharu terdiri daripada golongan berusia 40 tahun ke bawah yang majoritinya lelaki, manakala lebih 30 peratus pula adalah daripada Puteri UMNO.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Akmal Tegur Pihak Pertikai Titah Sultan Selangor, Henti Politikkan Isu


“Anak muda tidak suka banyak ‘step’. Dengan adanya pendaftaran secara online, kita lihat peningkatan ketara bukan sahaja dalam kalangan belia, malah mereka yang berusia lebih 40 tahun juga turut mengambil peluang untuk mendaftar sebagai ahli,” katanya kepada UMNO Online.

Tambah beliau, apa yang ditunjukkan melalui peningkatan keahlian ini membuktikan keyakinan anak muda terhadap UMNO sebagai sebuah parti yang mampu melindungi rakyat serta menjadi wadah perjuangan dalam memastikan kestabilan dan kelangsungan pentadbiran negara.

Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi

“Ini adalah ‘signal’ yang jelas bahawa anak muda melihat UMNO sebagai parti masa depan, wadah perjuangan yang mampu mengawal selia negara dengan lebih baik,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Fikhran juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu berkata keterbukaan kepimpinan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam menerima kembali bekas ahli UMNO tanpa syarat menjadi isyarat jelas bahawa parti itu kini bergerak ke arah lebih mantap.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Terus Polemikkan Isu Yang Telah Dimuktamadkan Sultan Selangor


“Keterbukaan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima bekas-bekas ahli UMNO kembali ke dalam parti ini tanpa syarat. Sudah sampai waktunya bangsa Melayu, khususnya, kembali berteduh di bawah Rumah Bangsa demi kekuatan dan masa depan bersama.

“Mana-mana ahli yang digantung, dipecat, dikeluar sendiri… UMNO buka pintu seluas-luasnya tanpa syarat untuk menerima kembali mereka. Sudah sampai waktunya bangsa Melayu terutamanya berteduh di bawah Rumah Bangsa,” jelasnya.

Pada masa yang sama kata beliau, dengan semangat baharu yang dibawa, UMNO mampu kembali menjadi wadah utama rakyat dalam memperjuangkan kestabilan politik serta kesejahteraan negara.

“UMNO yang baharu, UMNO yang inklusif inilah platform terbaik untuk kita semua berganding bahu membina masa depan negara, insya-Allah,” ujarnya. – UMNO Online

Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes DNAA Ahmad Zahid Uji Kedudukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker