Ahmad Zahid Harap Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara Mampu Perkukuh Kesejahteraan Rakyat
Ahmad Zahid Harap Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara Mampu Perkukuh Kesejahteraan Rakyat

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara mampu memperkukuh kesejahteraan rakyat dan membina masyarakat yang lebih berdaya tahan.
Menerusi hantaran di laman Facebook dan juga Threads miliknya, beliau yang juga Presiden UMNO berkata Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara 2026-2030 telah mengariskan tiga anjakan besar yang perlu diberi perhatian.
“Cabaran sosial masa kini semakin kompleks… semuanya saling berkait dan sedang berlaku di depan mata kita. Kesejahteraan sosial hari ini bukan lagi berkisar soal bantuan atau kebajikan sahaja, tetapi soal keselamatan rakyat dan ketahanan keluarga.
“Sebab itu, saya percaya dasar sosial negara tidak boleh lagi bergerak secara terpisah atau menunggu sesuatu isu menjadi parah baru mahu bertindak.
“Semasa melancarkan Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara 2026-2030 sebentar tadi, saya telah menggariskan tiga anjakan besar yang perlu diberi perhatian iaitu daripada bantuan kepada keberdayaan; daripada silo kepada satu ekosistem yang bergerak bersama melibatkan pelbagai pihak; dan daripada pendekatan reaktif kepada pencegahan supaya tindakan dapat dilakukan lebih awal sebelum sesuatu masalah menjadi lebih besar,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Pasak Kukuh, Landasan Jelas Jadi Teras Masa Depan – Mohamad Alamin
- BKJ Fasa Keempat Cermin Komitmen Berterusan Kerajaan Negeri Johor – Md Israk
- Cadangan Pisahkan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diperhalusi
Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik
Mengulas lanjut, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam merangkap pelan tindakan tersebut secara bersama.

“Penghargaan saya ucapkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta semua pihak yang terlibat dalam merangka pelan tindakan ini secara bersama.
“Harapan saya, semoga segala usaha yang digerakkan ini benar-benar mampu memperkukuh kesejahteraan rakyat dan membina masyarakat yang lebih terlindung, berdaya tahan serta bersedia menghadapi cabaran masa depan,” katanya lagi. – UMNO Online
Ahmad Zahid Harap Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara Mampu Perkukuh Kesejahteraan Rakyat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dasar Pendidikan Bumiputera: UMNO Realis, Tidak Retorik Macam Pas – Mohd Puad
- Gelombang Kebangkitan UMNO Dirasai, Nik Mohd Nadzri Yakin Kembali Dominan
- Reformasi Pintar JKR Perkukuh Infrastruktur, Utamakan Manfaat Rakyat – Ahmad Maslan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perlis ‘Dubai Kedua’: Fathulbari Persoal Tindakan Kerajaan Negeri
You must be logged in to post a comment.