Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik

Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik

Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan antara UMNO dan Pakatan Harapan hari ini mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama politik di Negeri Sembilan, sekali gus memastikan kestabilan pentadbiran negeri terus terpelihara.

Mesyuarat yang dipengerusikan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu turut menegaskan komitmen kedua-dua pihak untuk mengelakkan sebarang polemik yang boleh menjejaskan keharmonian kerajaan negeri.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan, majlis berkenaan memaklumkan bahawa mereka menghormati pendirian yang telah diputuskan oleh Biro Politik masing-masing berhubung isu di Negeri Sembilan.

Selain itu, kedua-dua parti juga bersetuju bahawa sebarang keputusan melibatkan Kerajaan Negeri yang berpotensi mencetuskan sensitiviti atau membuka ruang perselisihan perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan.

“Langkah ini penting bagi memastikan setiap keputusan dibuat secara kolektif dan tidak menjejaskan kestabilan politik serta kesejahteraan rakyat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. – UMNO Online

Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker