Gelombang Anak Muda Semakin Meningkat, Bersama Bina Masa Depan – Azman Azeez

Gelombang Anak Muda Semakin Meningkat, Bersama Bina Masa Depan – Azman Azeez

Gelombang Anak Muda Semakin Meningkat, Bersama Bina Masa Depan – Azman Azeez

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Gelombang sokongan anak muda terhadap UMNO terus menunjukkan peningkatan apabila pendaftaran keahlian baharu Pemuda UMNO secara dalam talian kini mencecah angka 8,008 orang.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohamaed Khairul Azman Abdul Azeez berkata, ini adalah satu angka yang begitu signifikan sekali terutama bagi pihak Pemuda UMNO yang menunjukkan kecenderungan golongan muda untuk bersama perjuangan parti keramat itu.

Katanya, dengan pembukaan platform pendaftaran secara dalam talian memberi ruang yang lebih luas kepada anak muda untuk mendekati UMNO dengan cara yang lebih mudah, pantas dan selari dengan perkembangan semasa.

“Ini adalah satu angka yang cukup memberangsangkan. Ia menunjukkan bahawa ramai anak muda di luar sana masih percaya dan berminat untuk bersama-sama UMNO dalam membina masa depan negara.

“Anak-anak muda perlu ambil bahagian dalam perubahan yang ingin kita lihat, jangan hanya bercakap di luar tetapi tidak ada tindakan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dua Cabaran Besar Sistem Pendidikan, Ahmad Zahid Seru Pembaharuan Menyeluruh


‘Ayuh sertai gerakan Pemuda UMNO yang sentiasa konsisten dalam memperjuangkan isu-isu semasa bahawa Pemuda UMNO yang paling lantang bersuara,” katanya kepada UMNO Online.

Mengulas lanjut, Azman yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Baling, anak muda perlu memainkan peranan aktif dalam mencorakkan perubahan, bukan sekadar melontarkan pandangan tanpa tindakan.

Gelombang Anak Muda Semakin Meningkat, Bersama Bina Masa Depan – Azman Azeez

“Jangan hanya bercakap tanpa tindakan. Sertailah gerakan Pemuda UMNO yang sentiasa konsisten memperjuangkan isu-isu semasa dan menjadi suara paling lantang mewakili anak muda.

“Kita bukan hanya bercakap, tetapi kita laksanakan. Inilah bezanya Pemuda UMNO dengan pihak lain yang hanya ‘berkokok’ tanpa hasil,” tegasnya.

Seterusnya kata beliau, UMNO mempunyai rekod sejarah yang terbukti dalam membela rakyat dan akan terus memperkukuh agenda khususnya melibatkan generasi muda.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menjelang Ulang Tahun UMNO Ke-80: Pertandingan Pidato Piala AZH Bermula



“UMNO telah membuktikan sumbangan besar dalam sejarah negara. Kita akan teruskan agenda anak muda demi mencapai kejayaan bersama,” katanya lagi.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa sentimen anak muda akan kembali memihak kepada UMNO menjelang sambutan ulang tahun ke-80.

“Insya-Allah, sokongan anak muda akan kembali. Walaupun UMNO sebuah parti yang matang, semangatnya tetap segar dan sentiasa menyesuaikan pendekatan dengan kehendak generasi hari ini, khususnya Generasi Z,” ujarnya. – UMNO Online

Gelombang Anak Muda Semakin Meningkat, Bersama Bina Masa Depan – Azman Azeez


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker