Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja

Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja

Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja

KUALA LUMPUR, 3 April – UMNO terus menegaskan pendirian untuk kekal sebagai parti yang bertindak secara berprinsip dan berhemah dalam menghadapi sebarang cabaran politik semasa, termasuk isu-isu yang melibatkan institusi serta dasar negara.

Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mustapha Nagoor, ketika mengulas ucapan yang disampaikan oleh Datuk Seri Jalaluddin Alias dalam Konvensyen 80 Tahun UMNO yang menghimpunkan kepimpinan parti dari seluruh negara sempena ulang tahun ke-80 UMNO.

Menurut beliau yang juga ADUN Palong, UMNO kekal teguh dengan prinsip perjuangan berteraskan agama, bangsa dan tanah air sebagai asas yang tidak boleh dikompromi.

“Saya mengambil maklum dan menyokong penuh pendirian yang disampaikan oleh Datuk Seri Jalaluddin Alias dalam Konvensyen 80 Tahun UMNO, yang menegaskan bahawa perjuangan parti ini kekal berteraskan prinsip agama, bangsa dan
tanah air sebagai asas yang tidak boleh dikompromi,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menjelang Ulang Tahun UMNO Ke-80: Pertandingan Pidato Piala AZH Bermula


Beliau turut menegaskan bahawa sebagai parti yang mempunyai sejarah panjang dalam negara, UMNO tidak akan berdiam diri sekiranya berlaku sebarang pelanggaran terhadap prinsip yang telah menjadi asas perjuangan, termasuk membabitkan Perlembagaan Persekutuan, institusi Raja-Raja Melayu serta hak Bumiputera.

Dalam masa yang sama, Mustapha menekankan bahawa UMNO tidak mengamalkan pendekatan politik tidak beretika seperti “tebuk atap”, sebaliknya memilih jalan yang lebih stabil dan menghormati kerjasama politik yang telah dimeterai.

“UMNO memilih untuk bertindak secara berprinsip dan berhemah. UMNO bukanlah parti yang mengamalkan budaya ‘tebuk atap’, sebaliknya sentiasa mengutamakan kestabilan serta menghormati kerjasama yang telah dipersetujui,” jelasnya.

Tambah beliau, walaupun UMNO menghormati kerjasama dalam kerajaan, parti itu tetap akan bersuara secara tegas apabila melibatkan isu-isu asas negara yang tidak ditangani dengan baik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Undi 18 Perlu Diambil Kira, Jurang Generasi Jadi Cabaran BN – Dr Zambry


“Apabila berlaku kegagalan dalam mengurus isu melibatkan institusi adat dan perlembagaan, maka adalah menjadi tanggungjawab UMNO untuk bersuara dan mengambil pendirian yang tegas,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa kekuatan UMNO bergantung kepada kesatuan antara pimpinan dan akar umbi, serta setiap keputusan perlu berpaksikan kepentingan rakyat dan negeri, bukan kepentingan peribadi atau kedudukan politik semata-mata.

“Segala tindakan yang diambil mestilah berpaksikan kepentingan parti, rakyat dan negeri, bukan semata-mata untuk mempertahankan kedudukan dalam kerajaan,” katanya.

Mustapha turut menegaskan bahawa UMNO akan terus kekal sebagai parti yang berprinsip, bermaruah dan setia kepada perjuangan asalnya.

“Apa jua cabaran yang mendatang, perjuangan ini akan diteruskan demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya lagi. – UMNO Online

Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dua Cabaran Besar Sistem Pendidikan, Ahmad Zahid Seru Pembaharuan Menyeluruh

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker