Jangan Retorik, Pemuda UMNO Kedah Desak MB Jelaskan Kegagalan Projek

Jangan Retorik, Pemuda UMNO Kedah Desak MB Jelaskan Kegagalan Projek

Jangan Retorik, Pemuda UMNO Kedah Desak MB Jelaskan Kegagalan Projek

KUALA LUMPUR, 28 April – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kedah, Mohd Safwan Jaafar mempersoal kegagalan pelaksanaan beberapa projek dan inisiatif pembangunan yang pernah diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Star berkata sehingga kini pelbagai pengumuman melibatkan projek berskala besar termasuk pembangunan infrastruktur didakwa masih belum menunjukkan kemajuan yang jelas di lapangan.

“Sehingga kini, pelbagai pengumuman melibatkan projek berskala besar seperti pembangunan infrastruktur, pelaburan berimpak tinggi, sektor logistik, sumber ekonomi baharu serta pengangkutan awam dilihat masih belum mencapai tahap pelaksanaan yang meyakinkan.

“Keadaan ini menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat mengenai keupayaan sebenar kerajaan negeri dalam merealisasikan janji-janji tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal


“Kerajaan negeri tidak boleh terus bergantung kepada pengumuman demi pengumuman tanpa hasil yang jelas,” katanya menerusi satu kenyataan kepada UMNO Online.

Mengulas lanjut, beliau berkata rakyat tidak lagi boleh disajikan dengan retorik yang berulang, sebaliknya menuntut bukti pencapaian yang konkrit.

Menurutnya, isu asas seperti bekalan air, peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi negeri juga perlu diberi keutamaan berbanding pengumuman projek mega yang masih belum menunjukkan perkembangan ketara.

“Dalam masa yang sama, kami menggesa agar satu laporan kemajuan yang telus dan menyeluruh dikeluarkan kepada rakyat, merangkumi status sebenar setiap projek sama ada dalam peringkat perancangan, pelaksanaan, tertangguh atau dibatalkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor


“Ketelusan ini penting bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran negeri.

“Pemuda UMNO Kedah akan terus memainkan peranan sebagai suara semak dan imbang demi memastikan setiap janji yang dibuat kepada rakyat bukan sekadar slogan, tetapi diterjemahkan kepada hasil yang nyata,” ujar beliau. – UMNO Online

Jangan Retorik, Pemuda UMNO Kedah Desak MB Jelaskan Kegagalan Projek

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker