Krisis Tenaga Global: Pemuda UMNO Johor Gesa Kerajaan Negeri Perkenal Pakej Rangsangan Ekonomi
Krisis Tenaga Global: Pemuda UMNO Johor Gesa Kerajaan Negeri Perkenal Pakej Rangsangan Ekonomi

KUALA LUMPUR, 26 April – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menggesa Kerajaan Negeri Johor untuk memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi untuk menangani impak krisis tenaga global.
Ketuanya, Noor Azleen Ambros berkata, pakej tersebut hendaklah memberi keutamaan kepada kumpulan sasar dan golongan rentan yang paling terkesan akibat kenaikan harga bahan api.
“Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor yang telah mengadakan mesyuarat penuh pada Sabtu, 25 April 2026 di Johor Bahru telah mencapai beberapa ketetapan utama.
“Pertama, Pemuda UMNO Johor telah meneliti perkembangan krisis tenaga global semasa dan menggesa Kerajaan Negeri Johor untuk segera memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Johor bagi menangani kesan langsung ketidaktentuan ekonomi global yang semakin memberi tekanan kepada rakyat serta sektor perniagaan.
“Pakej ini hendaklah memberi keutamaan kepada kumpulan sasar dan golongan rentan yang paling terkesan akibat kenaikan harga bahan api termasuk pengusaha bas sekolah, bas pelancong, pengusaha bot pelancongan khususnya di Mersing, nelayan kecil serta golongan petani, demi memastikan kelangsungan rantaian bekalan makanan negeri,” katanya menerusi satu kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO 80 Tahun: Lambang Perjuangan, Pengorbanan … Perkukuh Kesatuan – Fairul Roslan
- Daftar Online Keahlian UMNO Terus Meningkat, Mohd Razlan Cadang Buka Ruang Pemerhati Cawangan
- SPU Buka Pengambilan Pelajar Baharu, Perkukuh Barisan Pemimpin Pelapis
Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang turut menggesa agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaksanakan beberapa langkah penting untuk meringankan beban peniaga kecil dan sederhana.
“Dalam masa yang sama, Pemuda UMNO Johor turut menggesa Kerajaan Negeri melalui PBT untuk melaksanakan langkah segera seperti pemberian rebat, potongan sewa dan pengurangan cukai premis bagi meringankan beban peniaga kecil serta sederhana yang sedang berdepan peningkatan kos operasi.
“Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) juga disaran menawarkan diskaun sewa kepada penyewa rumah PKPJ bagi membantu golongan terkesan menghadapi tekanan ekonomi semasa.
“Pemuda UMNO Johor juga mencadangkan agar golongan bujang bawah 40 tahun dipertimbangkan sebagai penerima Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Ke-4, selain memasukkan pekerja pos dan pengawal keselamatan pelbagai sektor sebagai penerima bantuan BKJ, selari dengan realiti kos sara hidup yang semakin mencabar,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Heret Sultan Kedah Ke Kancah Politik Jalanan ‘Cytro’
- Lapan Dekad Pengalaman UMNO, Fokus Generasi Muda Untuk Kekal Relevan – Ahmad Rahimi
- Zawawi Bidas ADUN Pas… ‘Kuman Seberang Laut Nampak, Gajah Depan Mata Tidak Diendah’
Selangor Perlukan Kepimpinan Matang, Bukan Politik Provokasi – Mohd Zaidi

Dalam pada itu, beliau turut menyambut baik pelaksanaan gagasan Rumah Bangsa dan akan menggerakkan kempen secara besar-besaran untuk menarik penyertaan anak-anak muda.
“Selain itu, Pemuda UMNO Johor menyambut baik pelaksanaan gagasan Rumah Bangsa oleh UMNO yang telah berjaya membawa kembali seramai 6,252 pemimpin pelbagai peringkat ke dalam parti, sekali gus memperkukuh kekuatan organisasi.
“Pemuda UMNO Johor turut mengalu-alukan peningkatan pendaftaran ahli baharu melalui sistem pendaftaran secara atas talian yang mencerminkan keyakinan generasi muda terhadap perjuangan parti, dengan pertambahan ahli baharu Pemuda sebagai yang paling ketara.
“Sehubungan itu, Pemuda UMNO Johor akan menggerakkan kempen secara besar-besaran bagi menarik lebih ramai anak muda menyertai UMNO melalui kaedah pendaftaran secara atas talian.
“Setiap UMNO Bahagian di seluruh negeri Johor turut diseru untuk menganjurkan majlis khas bagi meraikan kehadiran ahli-ahli baharu di Bahagian masing-masing sebagai usaha memperkukuh gerak kerja di peringkat akar umbi,” katanya lagi. – UMNO Online
Krisis Tenaga Global: Pemuda UMNO Johor Gesa Kerajaan Negeri Perkenal Pakej Rangsangan Ekonomi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KESEDAR Perkukuh Agenda Peneroka, Proses Pemilikan Tanah Dipacu Lebih Tersusun
- UMNO 80 Tahun: Dekati Generasi Digital, Penggerak Suara Anak Muda – Nurul Amirah
- Lawatan PM Ke Johor Diharap Perkukuh Keselarasan Kerajaan Persekutuan Dan Negeri – Onn Hafiz
- LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal
You must be logged in to post a comment.