Selangor Perlukan Kepimpinan Matang, Bukan Politik Provokasi – Mohd Zaidi

Selangor Perlukan Kepimpinan Matang, Bukan Politik Provokasi – Mohd Zaidi

Selangor Perlukan Kepimpinan Matang, Bukan Politik Provokasi – Mohd Zaidi

KUALA LUMPUR, 23 April – UMNO Selangor menyuarakan kebimbangan terhadap kenyataan seorang ADUN Seri Kembangan daripada Dap yang mencadangkan supaya penternakan babi dibenarkan semula di negeri itu, dengan menyifatkan cadangan tersebut sebagai tidak sensitif terhadap keadaan semasa rakyat.

Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain berkata, ketika rakyat sedang berdepan pelbagai tekanan hidup, keutamaan seharusnya diberikan kepada isu-isu yang lebih mendesak.

“Tatkala rakyat sedang bergelut dengan kos sara hidup, isu banjir, kesesakan lalu lintas, peluang pekerjaan dan pelbagai tekanan harian, ada pula wakil rakyat yang memilih untuk menghidupkan semula polemik lama yang sudah diputuskan demi kepentingan negeri,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan bahawa perkara berkaitan penternakan babi di Selangor bukan isu baharu dan telah pun diputuskan dengan mengambil kira pelbagai aspek penting.
Menurutnya, pendirian negeri termasuk titah Sultan Selangor berhubung perkara itu adalah jelas dan tidak wajar dipersoalkan semula.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Ke-80: ‘Kesetiaan Ahli Jadi Simbol Kekuatan Perjuangan Parti’


“Soalnya mudah, mengapa masih mahu membuka semula isu yang telah ditutup dengan pertimbangan menyeluruh? Adakah kerana ketandusan idea atau terlalu ghairah bermain politik sehingga lupa adab dalam negeri beraja?” katanya.

Tambah beliau, wakil rakyat sepatutnya memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah rakyat, bukannya mencetuskan polemik yang boleh menimbulkan keresahan.

“Jika benar mahu memperjuangkan rakyat, bawa cadangan tentang harga rumah, peluang pekerjaan anak muda, tebatan banjir, pengangkutan awam dan kos hidup yang semakin menekan. Itu isu rakyat,” katanya.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan bahawa penghormatan terhadap institusi Raja Berperlembagaan perlu sentiasa dijunjung sebagai asas kestabilan negeri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Melaka Rintis Kampung Digital, Terjemah Keupayaan UMNO Realisasikan Pentadbiran


Tegasnya juga, UMNO Selangor menyeru rakyat supaya menilai kepimpinan berdasarkan keupayaan menyelesaikan masalah sebenar, bukan sekadar mencipta sensasi politik.

“Selangor perlukan kepimpinan matang, bukan politik provokasi. Rakyat perlukan solusi, bukan sensasi,” katanya. – UMNO Online

Selangor Perlukan Kepimpinan Matang, Bukan Politik Provokasi – Mohd Zaidi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Konflik AS–Iran Uji Ketahanan Malaysia – Ahmad Zahid

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker