SPU Buka Pengambilan Pelajar Baharu, Perkukuh Barisan Pemimpin Pelapis
SPU Buka Pengambilan Pelajar Baharu, Perkukuh Barisan Pemimpin Pelapis

KUALA LUMPUR, 22 April – Sekolah Patriotik UMNO (SPU) Malaysia membuka permohonan kepada seluruh warganegara yang berminat untuk menyertai sesi pengajian Kumpulan Patriot Ke-5 (Patriot 5) yang dijadualkan bermula pada pertengahan Mei 2026.
Program yang berpangkalan di Kampus SPU, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur itu bertujuan membentuk jati diri serta menyemarakkan semangat aktivisme dalam kalangan generasi muda.
Calon yang berminat perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan antaranya:
• Berumur antara 18 hingga 30 tahun (pada 1 Januari 2026).
• Mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi.
• Memiliki semangat asas aktivis dan minat mendalam dalam kerja kemasyarakatan.
• Keutamaan diberikan kepada pimpinan Pemuda, Puteri (peringkat negeri/bahagian/cawangan), pimpinan NGO serta mahasiswa.
Permohonan boleh dibuat dengan menghantar resume terkini, salinan sijil pengajian, keterangan pengalaman NGO (sekiranya ada) serta tiga keping foto berwarna berukuran pasport ke e-mel rasmi [email protected].
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Terima Hampir 6,300 Permohonan Masuk Semula, Termasuk Hishammuddin Dan Khairy
- ‘Jangan Hampakan Harapan Rakyat Untuk Lihat UMNO Dominan Semula’
- UMNO Sabah Sambut Baik Penyerahan Projek Air RM4 Bilion, Selari Semangat Autonomi
Melaka Rintis Kampung Digital, Terjemah Keupayaan UMNO Realisasikan Pentadbiran
Selain itu, calon juga boleh mengimbas kod QR pada poster rasmi bagi mencetak borang permohonan pengajian.
Permohonan ditutup pada 1 Mei 2026, untuk pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada urus setia melalui talian +60 11-2076 8083 atau hadir ke pejabat SPU di Tingkat 20, Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur. – UMNO Online
SPU Buka Pengambilan Pelajar Baharu, Perkukuh Barisan Pemimpin Pelapis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perancangan Negeri Melaka Berpaksikan Kesejahteraan Rakyat – Ab Rauf
- UMNO 80 Tahun: Bangkit Semula Dengan Lebih Matang – Shah Zanuriman
- UMNO Bukit Gantang Tekad Dekati Rakyat, Perhebat Jentera Cawangan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Ke-80: ‘Kesetiaan Ahli Jadi Simbol Kekuatan Perjuangan Parti’
You must be logged in to post a comment.