‘Jangan Hampakan Harapan Rakyat Untuk Lihat UMNO Dominan Semula’

‘Jangan Hampakan Harapan Rakyat Untuk Lihat UMNO Dominan Semula’

‘Jangan Hampakan Harapan Rakyat Untuk Lihat UMNO Dominan Semula’

MELAKA, 17 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru kesiapsiagaan jentera parti untuk mengharungi Pilihan Raya Negeri Melaka.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata UMNO perlu memanfaatkan momentum semasa kerana rakyat ketika ini mahu melihat UMNO/Barisan Nasional (BN) kembali dominan dalam membentuk kerajaan.

“Kita harus berkerja daripada sekarang, jentera di cawangan harus digerakkan. Rakyat mahu melihat UMNO bangkit semula daripada cawangan, bahagian, negeri dan pusat… itu rakyat mahu lihat.

“Mereka sangat rindukan UMNO dominan semula. Jangan hampakan harapan rakyat untuk melihat UMNO dominan semula.

“Saya meneliti setiap aktiviti Ahli Dewan Undangan Negeri dan Exco Kerajaan Negeri, turun ke bawah dan teruskan usaha-usaha itu supaya hati rakyat dibenangi, minda rakyat kuasai agar UMNO benar-benar dominan di bumi Melaka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy


“Untuk itu Datuk Seri Ab Rauf Yusoh jangan kecewakan harapan rakyat. Semua kerusi yang kita menang, wajib kita pertahankan dan menangi semula di dalam PRN yang akan datang,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika Majlis Perasmian Serentak Persidangan Cawangan-cawangan UMNO seluruh Negeri Melaka 2026 yang berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka merangkap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta kepimpinan lain.

‘Jangan Hampakan Harapan Rakyat Untuk Lihat UMNO Dominan Semula’

Dalam pada itu, beliau turut memuji pendekatan dilakukan oleh Ab Rauf Yusoh yang mengemudi negeri menerusi pelaksanaan pelbagai agenda rakyat.

Bagaimanapun katanya, usaha tersebut masih belum mencukupi untuk menjamin kemenangan pada pilihan raya akan datang, terutama dalam berdepan pelbagai cabaran semasa.

“Saya ucapkan tahniah di atas kesungguhan yang bermakna Datuk Seri Ab Rauf selama tiga tahun ini telah dapat mentransformasikan Melaka di dalam keadaan apa yang kita lihat sekarang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat


“Perubahan itu telah dapat dirasai oleh rakyat namun belum mencukupi untuk menentukan kejayaan kita di dalam PRN akan datang.

“Kita tahu dengan cabaran yang ada sekarang geopolitik yang berbeza di Asia Barat cabaran-cabaran baru yang tidak pernah kita terpikir satu ketika dahulu,” ujar beliau. – UMNO Online

‘Jangan Hampakan Harapan Rakyat Untuk Lihat UMNO Dominan Semula’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Perlekeh Keadaan Semasa, Simpati Nasib Rakyat – Mohd Razlan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker