Kerajaan Umum Bantuan Tunai Tambahan RM75 Juta Bagi Pengguna Diesel
Kerajaan Umum Bantuan Tunai Tambahan RM75 Juta Bagi Pengguna Diesel

KUALA LUMPUR, 15 April – Kerajaan mengumumkan bantuan tunai tambahan berjumlah RM75 juta bagi meringankan beban pengguna diesel, pesawah, petani dan pekebun kecil susulan tekanan kos akibat krisis tenaga global.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bantuan itu melibatkan peningkatan beberapa insentif utama termasuk Insentif Pembajakan Pesawah (IPKP), BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Diesel Individu.
Menurut beliau, kadar IPKP dinaikkan daripada RM160 kepada RM300 sehektar semusim, membabitkan hampir 200,000 pesawah di seluruh negara.
“Peningkatan ini melibatkan tambahan dana sekitar RM40 juta dan diharap dapat membantu pesawah menampung kos pembajakan serta memastikan pengeluaran padi tidak terjejas,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya.
Selain itu, Bantuan Interim BUDI Agri-Komoditi bagi petani dan pekebun kecil turut dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 bagi bulan April.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Komited Perkasa Suara Belia Demi Masa Depan Pahang
- Pengalaman Lapan Dekad Bukti Ketahanan Dan Kekuatan UMNO – Othman Desa
- Inisiatif Makmur Pahang Tanda Penghargaan Kepada Pendidik Agama – Nizar Najib
Aplikasi Persidangan Cawangan Untuk Raih Kembali Ahli Ke Rumah Bangsa – Tengku Adnan
Bantuan berkenaan dijangka memanfaatkan lebih 200,000 penerima dengan tambahan peruntukan sebanyak RM20 juta sebulan.
“Kerajaan memahami beban yang ditanggung golongan petani dan pekebun kecil. Sebab itu bantuan interim ini ditambah supaya mereka dapat meneruskan aktiviti pertanian dan komoditi tanpa tekanan kos yang melampau,” kata Ahmad Zahid.

Dalam masa sama, Bantuan Interim BUDI Diesel Individu bagi pemilik kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia juga dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 untuk bulan April.
Langkah itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 150,000 pemilik kenderaan diesel dengan tambahan peruntukan RM15 juta sebulan.
“Kerajaan akan terus memastikan rakyat yang benar-benar memerlukan tidak terkesan dengan kenaikan kos bahan api. Bantuan ini adalah langkah segera bagi mengurangkan beban pengguna diesel,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keunikan Kopi Tenggek Jadi Tarikan Pelancong Ke Johor
- Menjelang Sambutan Ke-80: Wanita UMNO Gabung Elemen Dakwah Dan Kepimpinan
- Ahmad Zahid Terus Santuni Rakyat, Hadiri Beberapa Rumah Terbuka Syawal
Konsep Melaka Sayang Rakyat Semakin Diterima Ramai – Ab Rauf
Kerajaan turut mengumumkan pelonggaran syarat permit khas bagi pembelian diesel melebihi 20 liter untuk kegunaan selain kenderaan.
Ahmad Zahid berkata, kelonggaran itu bertujuan memudahkan urusan sektor pertanian dan perusahaan kecil yang bergantung kepada diesel dalam operasi harian mereka.
“Langkah ini memastikan operasi pertanian terus berjalan lancar, kos dapat dikawal dan bekalan makanan negara kekal terjamin,” ujarnya.
Secara keseluruhan, kerajaan menanggung RM7 bilion bantuan bahan api pada April 2026 sebagai usaha membantu rakyat berdepan tekanan ekonomi dan krisis tenaga global. – UMNO Online
Kerajaan Umum Bantuan Tunai Tambahan RM75 Juta Bagi Pengguna Diesel
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Reset Untuk Kembali Segar, Relevan Dalam Landskap Politik Semasa
- Puteri UMNO Adaptasi Aspirasi Anak Muda, Bukan Masa Bernostalgia
- Keyakinan Terhadap Najib Razak Tidak Luntur, Hadapi Perbicaraan – Ahmad Maslan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat
You must be logged in to post a comment.