Pengalaman Lapan Dekad Bukti Ketahanan Dan Kekuatan UMNO – Othman Desa
Pengalaman Lapan Dekad Bukti Ketahanan Dan Kekuatan UMNO – Othman Desa

KUALA LUMPUR, 13 April – UMNO perlu memanfaatkan pengalaman sepanjang lapan dekad sebagai asas untuk kembali memperkukuh keyakinan rakyat dan mengembalikan kegemilangannya sebagai parti teras negara.
Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa berkata, usia 80 tahun merupakan satu tempoh yang sarat dengan pengalaman, sekali gus membuktikan UMNO bukan sekadar parti politik biasa, sebaliknya sebuah institusi yang telah banyak menyumbang kepada kestabilan dan pembangunan Malaysia.
“Tempoh 80 tahun merupakan satu perjalanan yang sarat dengan pengalaman. UMNO telah mentadbir negara melalui pelbagai fasa jatuh bangun serta mengharungi cabaran politik yang kompleks. Pengalaman panjang ini membuktikan peranan besar UMNO dalam membentuk asas kestabilan dan pembangunan negara sejak sekian lama.
“Seiring dengan peredaran zaman, pengalaman tersebut perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk memperkukuh keyakinan rakyat, di samping memastikan pendekatan parti kekal relevan dan selari dengan keperluan generasi baharu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO 80 Tahun: Peranan Besar Bentuk Sejarah, Kemerdekaan Tanah Air
- Pemuda UMNO Kuala Kangsar Susun Strategi, Perkasa Akar Umbi – Mohamad Arif
- UMNO 80 Tahun: Perkukuhkan Kesepakatan Dengan Perubahan Menyeluruh – Wan Mohalina
Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir
“UMNO perlu meneruskan perjuangan dengan mendekati rakyat, memahami isu-isu yang dihadapi, serta tampil dengan penyelesaian yang praktikal. Usaha ini penting bagi memastikan parti kembali menjadi pilihan utama dalam menerajui negara,” katanya kepada UMNO Online.
Mengulas lanjut, Othman yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menjelaskan bahawa Veteran UMNO kini sedang berusaha mengenal pasti 80 tokoh veteran untuk diiktiraf sebagai Tokoh Veteran UMNO.

“Ia sebagai tanda penghormatan terhadap jasa mereka, malah sebagai usaha mengangkat sejarah perjuangan parti agar terus menjadi inspirasi kepada generasi muda dalam meneruskan legasi kepimpinan dan perjuangan UMNO.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat, Orang Muda Ambil Iktibar ‘Zaman Kegelapan’ Negara Ketika Ditadbir PN
- UMNO Ke-80: Terus Melangkah Depani Cabaran Realiti
- Tengku Azman Dedah Taktik ‘Rage Baiter’, Seru Politik Berasas Fakta
Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’
“Pengiktirafan tersebut merupakan platform penting untuk menghimpunkan semula pengalaman serta kebijaksanaan para veteran agar dapat dikongsi bersama kepimpinan sedia ada demi memperkukuh hala tuju parti pada masa hadapan,” katanya lagi.
Dalam masa yang sama, Othman turut mendoakan agar UMNO terus subur serta kekal diterima baik oleh rakyat dan para pengundi di negara ini,” ujarnya. – UMNO Online
Pengalaman Lapan Dekad Bukti Ketahanan Dan Kekuatan UMNO – Othman Desa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keunikan Kopi Tenggek Jadi Tarikan Pelancong Ke Johor
- Menjelang Sambutan Ke-80: Wanita UMNO Gabung Elemen Dakwah Dan Kepimpinan
- Ahmad Zahid Terus Santuni Rakyat, Hadiri Beberapa Rumah Terbuka Syawal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Konsep Melaka Sayang Rakyat Semakin Diterima Ramai – Ab Rauf
You must be logged in to post a comment.