Inisiatif Makmur Pahang Tanda Penghargaan Kepada Pendidik Agama – Nizar Najib

Inisiatif Makmur Pahang Tanda Penghargaan Kepada Pendidik Agama – Nizar Najib

Inisiatif Makmur Pahang Tanda Penghargaan Kepada Pendidik Agama – Nizar Najib

KUALA LUMPUR, 13 April – Inisiatif bantuan khas Aidilfitri kepada guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan guru Al-Quran di negeri Pahang disifatkan sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri dalam menghargai jasa serta pengorbanan para pendidik yang banyak menyumbang kepada pembangunan syiar Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Datuk Mohd Nizar Najib berkata inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada Inisiatif Makmur Pahang yang memberi penekanan terhadap pengukuhan dan perkembangan syiar Islam di negeri ini.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa program tersebut diilhamkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai usaha berterusan kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan para pendidik agama terus terbela.

“Inisiatif bantuan khas Aidilfitri kepada guru KAFA dan guru Al-Quran ini merupakan sebahagian daripada Inisiatif Makmur Pahang yang memberi penekanan kepada perkembangan syiar Islam di negeri ini.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban tanggungan serta menjadi tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan para pendidik dalam membimbing anak-anak kita. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang dicurahkan dan semoga terus diberkati serta dirahmati Allah SWT,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir


Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan menzahirkan rasa penghargaan dan tahniah atas penganjuran Majlis Perasmian Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom yang berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna.

Inisiatif Makmur Pahang Tanda Penghargaan Kepada Pendidik Agama – Nizar Najib

“Alhamdulillah… saya berkesempatan memenuhi jemputan ke Majlis Perasmian Anugerah Kecemerlangan SMK Sultanah Hajjah Kalsom.Majlis ini amat bermakna dalam menghargai usaha dan pencapaian para pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun sahsiah.

“Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah, semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan. Sekalung penghargaan juga kepada pihak sekolah, para guru serta ibu bapa yang sentiasa komited dalam mendidik dan membimbing anak-anak sehingga mencapai kejayaan yang membanggakan,” katanya lagi.

Beliau turut berharap agar SMK Sultanah Hajjah Kalsom terus melahirkan lebih ramai generasi pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki akhlak mulia, berilmu dan seimbang dalam semua aspek kehidupan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’


“Semoga SMK Sultanah Hajjah Kalsom terus melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan berjaya di dunia serta akhirat,” ujarnya. – UMNO Online

Inisiatif Makmur Pahang Tanda Penghargaan Kepada Pendidik Agama – Nizar Najib

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Konsep Melaka Sayang Rakyat Semakin Diterima Ramai – Ab Rauf

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker