Kerajaan Negeri Komited Perkasa Suara Belia Demi Masa Depan Pahang
Kerajaan Negeri Komited Perkasa Suara Belia Demi Masa Depan Pahang

KUANTAN, 13 April — Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menegaskan komitmen kerajaan negeri dalam memperkasakan suara generasi muda melalui penyediaan ruang dan platform yang inklusif bagi pembangunan negeri.
Beliau berkata demikian selepas menerima kunjung hormat daripada Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka di Wisma Sri Pahang hari ini.
Menurut beliau, pertemuan tersebut memberi peluang untuk mendengar sendiri cadangan, pandangan serta aspirasi mahasiswa yang disifatkan sebagai penting dalam mencorakkan masa depan negeri dan negara.
“Kerajaan negeri sentiasa komited untuk membuka ruang dan platform kepada generasi muda agar suara mereka didengari, idea mereka diketengahkan, dan potensi mereka digilap demi masa depan Pahang yang lebih makmur dan sejahtera,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO 80 Tahun: Peranan Besar Bentuk Sejarah, Kemerdekaan Tanah Air
- Pemuda UMNO Kuala Kangsar Susun Strategi, Perkasa Akar Umbi – Mohamad Arif
- UMNO 80 Tahun: Perkukuhkan Kesepakatan Dengan Perubahan Menyeluruh – Wan Mohalina
Perkukuh Akar Umbi, Fokus Penyatuan Demi Masa Hadapan UMNO – Suhaimi Nasir
Tambah beliau, penglibatan aktif golongan belia dalam wacana pembangunan bukan sahaja mampu memperkukuh daya saing negeri, malah berperanan melahirkan barisan kepimpinan masa hadapan yang berwibawa.
Beliau turut menyatakan bahawa semangat serta idea segar yang dibawa oleh generasi muda adalah aset penting dalam menjayakan agenda pembangunan negeri selaras dengan Aspirasi Pahang 1st. – UMNO Online
Kerajaan Negeri Komited Perkasa Suara Belia Demi Masa Depan Pahang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keunikan Kopi Tenggek Jadi Tarikan Pelancong Ke Johor
- Menjelang Sambutan Ke-80: Wanita UMNO Gabung Elemen Dakwah Dan Kepimpinan
- Ahmad Zahid Terus Santuni Rakyat, Hadiri Beberapa Rumah Terbuka Syawal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Konsep Melaka Sayang Rakyat Semakin Diterima Ramai – Ab Rauf
You must be logged in to post a comment.