UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat
UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat

PENDANG, 14 April – UMNO di peringkat akar umbi perlu terus diperkukuh sebagai wadah penyatuan masyarakat dan medan mencari penyelesaian kepada isu rakyat, termasuk kos sara hidup yang semakin mencabar.
Ketua UMNO Bahagian Pendang, Datuk Suraya Yaacob menegaskan bahawa, ruang melalaui mesyuarat UMNO cawangan tidak seharusnya dilihat sebagai program rutin semata-mata, sebaliknya perlu diangkat sebagai platform yang lebih segar, terbuka dan dekat dengan denyut nadi rakyat.
Tegasnya, dalam suasana parti yang mencecah usia 80 tahun, UMNO perlu kembali kepada asas perjuangan dengan memastikan setiap cawangan benar-benar berfungsi malah menyahut gagasan “Rumah Bangsa” yang diaplikasi oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Ini masa kita meraikan ahli-ahli sendiri, tetapi apa yang lebih penting ialah apa yang kita bawa ke tengah. Misalnya isu seperti harga barang, harga minyak perlu ada dalam agenda mesyuarat supaya cawangan benar-benar menjadi tempat rakyat mencari penyelesaian dan mengadu,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keunikan Kopi Tenggek Jadi Tarikan Pelancong Ke Johor
- Menjelang Sambutan Ke-80: Wanita UMNO Gabung Elemen Dakwah Dan Kepimpinan
- Ahmad Zahid Terus Santuni Rakyat, Hadiri Beberapa Rumah Terbuka Syawal
Konsep Melaka Sayang Rakyat Semakin Diterima Ramai – Ab Rauf
Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa perasmian berkelompok UMNO peringkat Cawangan bahagian terbabit yang disempurnakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Datuk Seri Mahdzir Khalid, baru-baru ini.
Menurut Suraya, kekuatan UMNO tidak hanya bergantung kepada struktur organisasi, tetapi kepada sejauh mana cawangan mampu menjadi pusat rujukan masyarakat dalam menyelesaikan isu harian.
“Gagasan “Rumah Bangsa” diterjemahkan secara menyeluruh di semua peringkat, khususnya di cawangan-cawangan seluruh negara kerana konsep tersebut bukan sekadar slogan, tetapi pendekatan baharu untuk menjadikan UMNO lebih inklusif, terbuka dan dekat dengan rakyat, termasuk mereka yang bukan ahli parti.
“Walaupun bukan ahli, mereka boleh hadir untuk melihat sendiri perjalanan UMNO. Ini penting supaya mereka dapat merasai semangat perjuangan dan seterusnya menyampaikannya kepada orang lain,” jelasnya.
Dalam masa sama, beliau mengingatkan bahawa UMNO mesti kekal menjadi platform penyatuan rakyat, bukannya medan perpecahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat, Orang Muda Ambil Iktibar ‘Zaman Kegelapan’ Negara Ketika Ditadbir PN
- UMNO Ke-80: Terus Melangkah Depani Cabaran Realiti
- Tengku Azman Dedah Taktik ‘Rage Baiter’, Seru Politik Berasas Fakta
Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’

“UMNO mesti menjadi tempat ahli, penyokong dan rakyat kembali berhimpun atas semangat perjuangan, bukan perpecahan.”
Beliau berkata, kekuatan sebenar parti terletak pada kesatuan akar umbi yang kukuh, sekali gus memastikan UMNO terus relevan dalam mendepani cabaran semasa dan masa depan.
Persidangan UMNO Cawangan berlangsung sejak 1 April lalu sehingga 17 Mei 2026 yang kemudian akan disusuli Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada 1 Jun hingga 12 Julai 2026.
Perhimpunan Agung UMNO 2026 pula akan diadakan pada 12 Ogos sehingga 16 Ogos 2026. – UMNO Online
UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Komited Perkasa Suara Belia Demi Masa Depan Pahang
- Pengalaman Lapan Dekad Bukti Ketahanan Dan Kekuatan UMNO – Othman Desa
- Inisiatif Makmur Pahang Tanda Penghargaan Kepada Pendidik Agama – Nizar Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aplikasi Persidangan Cawangan Untuk Raih Kembali Ahli Ke Rumah Bangsa – Tengku Adnan
You must be logged in to post a comment.