Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy

Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy

Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 15 April – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menjunjung kasih atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dalam ucapan pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah yang menegaskan agar isu agama tidak dipolitikkan.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok berkata titah tersebut wajar mendapat perhatian serius semua pihak agar tidak memperalatkan agama demi kepentingan politik.

“Sesungguhnya institusi Raja merupakan payung dan benteng terakhir kepada rakyat dalammemastikan keharmonian, kestabilan serta keseimbangan dalam negeri terus terpelihara.

“Titah Tuanku amat jelas, agama bukan alat untuk meraih sokongan politik murahan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Shaiful memaklumkan bahawa tindakan pihak tertentu yang menggunakan elemen agama didakwa berpunca daripada tekanan politik dalam usaha meraih sokongan rakyat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Aplikasi Persidangan Cawangan Untuk Raih Kembali Ahli Ke Rumah Bangsa – Tengku Adnan


Kesal dengan perkara tersebut beliau menambah, menjaga agama juga tidak seharusnya dilakukan melalui retorik atau mempolitikkan isu, sebaliknya menerusi pentadbiran yang adil, bertanggungjawab serta menghormati kepelbagaian rakyat.

“Malangnya, masih ada pihak yang gemar bermain dengan sentimen agama setiap kali terdesak, seolah-olah hanya mereka yang memperjuangkan agama, sedangkan hakikatnya tindakan itu hanya mengundang perpecahan dalam masyarakat.

“UMNO Negeri Kedah berpandangan, menjaga agama bukan dengan retorik dan mempolitikkan isu, tetapi melalui pentadbiran yang adil, bertanggungjawab dan menghormati kepelbagaian rakyat.

“Keutamaan ketika ini adalah memastikan kestabilan negeri terus terpelihara melalui politik yang matang, berhemah dan berteraskan kepentingan rakyat secara menyeluruh,” ujar beliau. – UMNO Online

Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy

​_


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker