Puteri UMNO Adaptasi Aspirasi Anak Muda, Bukan Masa Bernostalgia

Puteri UMNO Adaptasi Aspirasi Anak Muda, Bukan Masa Bernostalgia

Puteri UMNO Adaptasi Aspirasi Anak Muda, Bukan Masa Bernostalgia

KUALA LUMPUR, 14 April – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi menegaskan bahawa parti itu memahami perubahan sikap generasi muda dan bersedia menyesuaikan pendekatan politik agar lebih relevan dengan kehendak semasa.

Beliau menyifatkan golongan muda hari ini kurang cenderung kepada pendekatan berunsur sejarah yang dianggap nostalgia dalam menilai peranan dan sumbangan parti politik.

Katanya, kelompok ini tidak gemar mengungkit kejayaan lampau kerana bagi mereka perkara tersebut dilihat sebagai sesuatu yang berulang-ulang dan tidak relevan dengan realiti semasa.

“Orang muda tidak suka bernostalgia kerana bagi mereka ia dilihat sebagai satu bentuk ungkitan. Walaupun perkara itu baik, ia tetap dianggap mengungkit jika terlalu kerap disebut.

“Apabila kita sering mengatakan UMNO telah banyak berjasa kepada negara seperti menubuhkan MARA, FELDA dan FELCRA, bagi mereka itu adalah tanggungjawab kerajaan pada ketika itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Konsep Melaka Sayang Rakyat Semakin Diterima Ramai – Ab Rauf


“UMNO memerintah, maka sudah tentu perlu melaksanakan perkara tersebut. Walau bagaimana sekalipun kita cuba menjelaskan atau mengangkat hakikat bahawa penubuhan itu dilakukan oleh pemimpin terdahulu, mereka tidak mahu ambil tahu,” katanya.

Nurul Amal berkata demikian pada wawancara #HitamPutihKelabu UMNO 8 DEKAD: Legasi Jasa & Masa Depan yang disiarkan di Facebook UMNO Online, malam tadi.

Sementara itu Nurul Amal turut sama mengulas berkenaan Rumah Bangsa yang menurut beliau bersifat inklusif dan terbuka kepada semua pihak dalam usaha memperkukuh semula UMNO.

Bagaimanapun, beliau berpandangan pelaksanaan Rumah Bangsa perlu mengambil kira sensitiviti akar umbi.

“Kita mengalukan semua untuk kuatkan balik UMNO kerana dalam keadaan suka atau tidak pada 2018 politik Malaysia sudah huru-hara sebab itu orang muda tarik handbrake dan tidak minat dengan politik,


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tindakan Majlis Peguam Cabar Keputusan DNAA Ahmad Zahid Bersikap ‘Double Standard’


“Saya rasa tidak menjadi masalah jika individu itu tidak sertai mana-mana parti tapi yang sertai parti lain ini beri kesan sedikit, mungkin kita perlu letakkan syarat kepada mereka,” katanya lagi. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

Puteri UMNO Adaptasi Aspirasi Anak Muda, Bukan Masa Bernostalgia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aplikasi Persidangan Cawangan Untuk Raih Kembali Ahli Ke Rumah Bangsa – Tengku Adnan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker