UMNO Ke-80: Reset Untuk Kembali Segar, Relevan Dalam Landskap Politik Semasa

UMNO Ke-80: Reset Untuk Kembali Segar, Relevan Dalam Landskap Politik Semasa

UMNO Ke-80: Reset Untuk Kembali Segar, Relevan Dalam Landskap Politik Semasa

KUALA LUMPUR, 14 April – Bersempena ulang tahun UMNO yang bakal menginjak 80 tahun pada Mei ini, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman menyifatkan parti keramat ini perlu melaksanakan pembaharuan bagi mengembalikan keyakinan rakyat.

Beliau berkata, UMNO tidak boleh terus bergerak dengan pendekatan lama, sebaliknya perlu mempunyai “mimpi” atau visi baharu yang jelas untuk kembali segar dan relevan dalam landskap politik semasa.

“UMNO mesti ada ‘mimpi’ sendiri untuk kembali segar dengan melakukan reset.

“Kalau tidak, ia ibarat mimpi kosong sahaja,” katanya pada wawancara #HitamPutihKelabu UMNO 8 DEKAD: Legasi Jasa & Masa Depan yang disiarkan di Facebook UMNO Online, malam tadi

Menurut beliau, visi tersebut perlu berasaskan matlamat yang realistik, disertai dengan strategi yang jelas untuk mencapai hala tuju berkenaan, termasuk mengambil kira aspek psikologi dalam mendekati rakyat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Konsep Melaka Sayang Rakyat Semakin Diterima Ramai – Ab Rauf


Tambah beliau, perubahan nilai dalam masyarakat masa kini juga perlu diberi perhatian, khususnya melibatkan generasi muda yang mempunyai pemikiran dan keutamaan berbeza berbanding generasi terdahulu.

“Perlu ada hala tuju yang jelas dan bagaimana untuk mencapainya. Dari sudut psikologi juga perlu difikirkan supaya pendekatan parti lebih dekat dengan rakyat.

“Sistem nilai sekarang sudah berubah. Orang muda zaman sekarang berbeza dengan zaman saya, ini semua perlu diambil kira dalam usaha melakukan pembaharuan parti,” ujar beliau.

Mengulas berkenaan Rumah Bangsa, beliau berpandangan ia sebagai satu usaha penting dalam menyatukan kembali kekuatan orang Melayu yang dilihat semakin berpecah ketika ini.

“Rumah Bangsa yang dibawa oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada masa kini adalah langkah tepat kerana kita sudah dipecah belahkan.

“Melalui usaha ini, kita dapat kembali bersatu sebagai rumpun Melayu,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

UMNO Ke-80: Reset Untuk Kembali Segar, Relevan Dalam Landskap Politik Semasa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aplikasi Persidangan Cawangan Untuk Raih Kembali Ahli Ke Rumah Bangsa – Tengku Adnan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker