UMNO Ke- 80: Digitalisasi Dan Transformasi Dekati Anak Muda – Nur Arina

UMNO Ke- 80: Digitalisasi Dan Transformasi Dekati Anak Muda – Nur Arina

UMNO Ke- 80: Digitalisasi Dan Transformasi Dekati Anak Muda – Nur Arina

KUALA LUMPUR, 15 April – UMNO perlu melakukan pembaharuan strategik supaya terus kekal relevan walaupun sudah menjangkau 80 tahun penubuhannya.

Exco Puteri UMNO Malaysia, Nur Arina Kamarulzaman berkata, parti tidak boleh lagi dilihat bergantung kepada sejarah perjuangannya semata-mata, kerana generasi muda hari ini lebih mahu melihat tawaran masa depan berbanding nostalgia masa lalu. Sejarah adalah asas, tetapi masa depan adalah penentu keyakinan.

Katanya, demi memperkukuh perjuangan UMNO perlu menyesuaikan diri kepada cabaran semasa seperti ekonomi digital, perkembangan teknologi baharu dan keperluan generasi muda hari ini.

“Pendekatan digital, penyediaan platform untuk anak muda serta penglibatan pelbagai kumpulan khususnya golongan profesional dan pelbagai kepakaran sebagai kumpulan pemikir dasar dapat membantu mengukuhkan imej UMNO sebagai parti yang progresif dan berpandangan jauh.

“Transformasi digital parti, pembangunan rangkaian ekonomi rakyat serta pendekatan politik yang menekankan khidmat kepada masyarakat akan membantu memastikan UMNO terus relevan dan dipercayai.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Aplikasi Persidangan Cawangan Untuk Raih Kembali Ahli Ke Rumah Bangsa – Tengku Adnan


“Dengan memberi lebih autonomi kepada bahagian serta menggalakkan penglibatan masyarakat termasuk yang bukan ahli di peringkat akar umbi, parti akan terus hidup, aktif dan dekat dengan rakyat,” katanya kepada UMNO Online.

Tambah beliau, UMNO perlu memberi tumpuan besar kepada generasi muda dengan membuka lebih banyak ruang kepada idea, inovasi dan kepimpinan baharu dalam parti.

Mengulas lanjut, Arina yang juga Naib Ketua Puteri UMNO Padang Rengas menjelaskan pelaksanaan program-program berimpak tinggi yang menyentuh keperluan rakyat secara langsung adalah kunci untuk memastikan keyakinan terhadap parti terus utuh.

UMNO Ke- 80: Digitalisasi Dan Transformasi Dekati Anak Muda – Nur Arina

“UMNO juga perlu terus dilihat sebagai parti yang benar-benar membantu dan menyelesaikan masalah rakyat melalui program-program yang dekat dengan kehidupan masyarakat, agar rakyat sentiasa melihat parti ini sebagai tempat untuk berharap dan menaruh keyakinan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Konsep Melaka Sayang Rakyat Semakin Diterima Ramai – Ab Rauf


“Gabungan pengalaman perjuangan yang panjang dengan semangat pembaharuan dan kesediaan menghadapi cabaran masa depan akan memastikan UMNO terus memainkan peranan penting dalam pembangunan negara,” jelasnya.

Tegasnya, dengan usaha memperkukuh imej parti melalui ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik amat penting untuk meningkatkan semula keyakinan rakyat. – UMNO Online

UMNO Ke- 80: Digitalisasi Dan Transformasi Dekati Anak Muda – Nur Arina

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker