Kerajaan Negeri Johor Selaras Isu Rakyat, Pastikan Tindakan Lebih Fokus dan Berimpak
Kerajaan Negeri Johor Selaras Isu Rakyat, Pastikan Tindakan Lebih Fokus dan Berimpak

PONTIAN, 15 April – Kerajaan Negeri Johor terus memberi tumpuan kepada usaha menyelaras isu-isu rakyat secara lebih dekat di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi Mesyuarat Tindakan DUN (MTD) Pontian, bagi memastikan setiap permasalahan komuniti dapat ditangani dengan lebih berfokus, tersusun dan memberi impak terus kepada penduduk setempat.
Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, pendekatan itu penting kerana ia membolehkan isu-isu yang dibangkitkan di peringkat akar umbi dikenal pasti lebih awal sebelum tindakan segera diambil oleh agensi berkaitan.
“Mesyuarat Tindakan DUN ini adalah platform terbaik untuk kita menyelaras isu rakyat secara lebih dekat di peringkat akar umbi. Kita mahu setiap permasalahan yang dibangkitkan dapat ditangani secara lebih berfokus, tersusun dan akhirnya memberi impak terus kepada komuniti setempat,” katanya selepas mempengerusikan MTD Pontian, semalam.
Menurut beliau, mesyuarat yang melibatkan empat DUN utama iaitu DUN Benut, DUN Pulai Sebatang, DUN Kukup dan DUN Pekan Nenas di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) itu turut menjadi platform penting untuk mempercepatkan pelaksanaan projek yang benar-benar diperlukan rakyat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Komited Perkasa Suara Belia Demi Masa Depan Pahang
- Pengalaman Lapan Dekad Bukti Ketahanan Dan Kekuatan UMNO – Othman Desa
- Inisiatif Makmur Pahang Tanda Penghargaan Kepada Pendidik Agama – Nizar Najib
Aplikasi Persidangan Cawangan Untuk Raih Kembali Ahli Ke Rumah Bangsa – Tengku Adnan
Ujarnya, bagi tahun 2026, Daerah Pontian menerima kelulusan peruntukan keseluruhan sebanyak RM12.78 juta melibatkan 29 projek pembangunan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat di keempat-empat DUN berkenaan, khususnya dalam aspek infrastruktur, kemudahan awam dan kesejahteraan komuniti.
Dalam mesyuarat tersebut, sebanyak tujuh projek keutamaan turut dikenal pasti untuk kelulusan segera dengan jumlah peruntukan RM980,000.
“Projek-projek ini dipilih berdasarkan tiga kriteria utama iaitu bencana, sosial dan keselamatan, selaras dengan keperluan mendesak di lapangan yang memerlukan tindakan segera tanpa sebarang kelewatan.
“Antara projek keutamaan tersebut termasuk baik pulih struktur sekolah yang mengalami penurunan tanah yang memberi risiko keselamatan kepada murid, menaiktaraf jeti nelayan di Kukup yang menjadi nadi ekonomi komuniti setempat, serta penambahbaikan kemudahan awam seperti balairaya, dewan serbaguna dan infrastruktur sekolah agama yang uzur.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keunikan Kopi Tenggek Jadi Tarikan Pelancong Ke Johor
- Menjelang Sambutan Ke-80: Wanita UMNO Gabung Elemen Dakwah Dan Kepimpinan
- Ahmad Zahid Terus Santuni Rakyat, Hadiri Beberapa Rumah Terbuka Syawal
Konsep Melaka Sayang Rakyat Semakin Diterima Ramai – Ab Rauf
Mohd Jafni Md Shukor turut menegaskan kepada semua agensi pelaksana supaya setiap projek yang telah diluluskan disegerakan pelaksanaannya, terutama projek melibatkan keselamatan rakyat dan keperluan asas komuniti.
“Kecekapan penyampaian dan tindakan pantas adalah kunci utama dalam memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat daripada setiap projek yang dilaksanakan,” katanya.
Secara keseluruhan, sebanyak 99 projek direkodkan di bawah pemantauan Kerajaan Negeri, dengan 61 projek telah siap, 12 sedang dilaksanakan manakala selebihnya masih di peringkat permohonan dan siasatan.
Beliau berkata, kerjasama erat antara Kerajaan Negeri, Majlis Perbandaran Pontian dan semua agensi berkaitan akan terus diperkukuhkan bagi memastikan setiap perancangan dapat diterjemahkan kepada tindakan yang nyata dan berimpak tinggi kepada rakyat serta Bangsa Johor. – UMNO Online
Kerajaan Negeri Johor Selaras Isu Rakyat, Pastikan Tindakan Lebih Fokus dan Berimpak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Reset Untuk Kembali Segar, Relevan Dalam Landskap Politik Semasa
- Puteri UMNO Adaptasi Aspirasi Anak Muda, Bukan Masa Bernostalgia
- Keyakinan Terhadap Najib Razak Tidak Luntur, Hadapi Perbicaraan – Ahmad Maslan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat
You must be logged in to post a comment.