Pemandu bas, wanita diriba dalam video tular dijangka beri keterangan hari ini
Pemandu bas, wanita diriba dalam video tular dijangka beri keterangan hari ini

JASIN: Pemandu bas ekspres yang dikaitkan dengan video tular memandu kenderaan itu sambil meriba seorang wanita dijadual tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin hari ini.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert, berkata pihaknya sudah menghubungi kedua-dua individu terbabit, termasuk wanita berkenaan dan mereka memberi jaminan untuk hadir ke IPD.
Beliau berkata, pihaknya juga dimaklumkan wanita itu kini berada di Kedah dan dijangka pulang ke Kuala Lumpur sebelum hadir bersama pemandu terbabit ke IPD Jasin.
“Pemandu itu juga memaklumkan dia berada di Sungai Besi dan bersetuju untuk hadir ke Jasin seperti dijanjikan bagi membantu siasatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Komited Perkasa Suara Belia Demi Masa Depan Pahang
- Pengalaman Lapan Dekad Bukti Ketahanan Dan Kekuatan UMNO – Othman Desa
- Inisiatif Makmur Pahang Tanda Penghargaan Kepada Pendidik Agama – Nizar Najib
Aplikasi Persidangan Cawangan Untuk Raih Kembali Ahli Ke Rumah Bangsa – Tengku Adnan
“Kerjasama kedua-dua individu ini penting bagi melengkapkan siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Terdahulu, media melaporkan polis mengesahkan pemandu bas ekspres terbabit sudah berkahwin, manakala wanita berkenaan dipercayai rakan kepada individu itu.
Ketika kejadian, bas berkenaan dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Larkin, Johor Bahru.
Menerusi video tular berdurasi lapan saat, pemandu bas itu dilihat meriba seorang wanita ketika memandu ke susur masuk kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bemban, Jasin arah selatan kira-kira jam 7.30 malam, Ahad lalu.
Pemandu bas, wanita diriba dalam video tular dijangka beri keterangan hari ini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Reset Untuk Kembali Segar, Relevan Dalam Landskap Politik Semasa
- Puteri UMNO Adaptasi Aspirasi Anak Muda, Bukan Masa Bernostalgia
- Keyakinan Terhadap Najib Razak Tidak Luntur, Hadapi Perbicaraan – Ahmad Maslan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat
You must be logged in to post a comment.