UMNO Sabah Sambut Baik Penyerahan Projek Air RM4 Bilion, Selari Semangat Autonomi
UMNO Sabah Sambut Baik Penyerahan Projek Air RM4 Bilion, Selari Semangat Autonomi

KOTA KINABALU, 17 April – UMNO Sabah menyambut baik pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung penyerahan pelaksanaan projek bekalan air kepada Kerajaan Negeri Sabah, yang disifatkan sebagai langkah strategik dalam memperkukuh peranan serta keupayaan negeri itu.
Pengumuman tersebut melibatkan pelaksanaan sebanyak 83 projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dengan nilai keseluruhan sekitar RM4.06 bilion.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Sabah, Samasuddin Yusop berkata, isu bekalan air di negeri itu bukan sahaja melibatkan aspek teknikal, malah turut berkait dengan cabaran struktur serta faktor geografi yang unik.
Katanya, inisiatif ini diyakini mampu mempercepatkan penyelesaian isu bekalan air yang telah lama membelenggu rakyat Sabah, khususnya di kawasan luar bandar.
“Penyerahan kuasa pelaksanaan kepada kerajaan negeri adalah langkah tepat kerana ia membolehkan keputusan dibuat dengan lebih pantas, bersasar dan selari dengan realiti serta keperluan sebenar di lapangan,” katanya dalam satu kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Umum Bantuan Tunai Tambahan RM75 Juta Bagi Pengguna Diesel
- UMNO Ke- 80: Digitalisasi Dan Transformasi Dekati Anak Muda – Nur Arina
- Kerajaan Negeri Johor Selaras Isu Rakyat, Pastikan Tindakan Lebih Fokus dan Berimpak
Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy
Beliau turut menegaskan bahawa langkah tersebut bertepatan dengan semangat Malaysia Agreement 1963 yang menekankan kepentingan autonomi Sabah dalam mengurus hal ehwal pembangunan, khususnya berkaitan kemudahan asas dan kesejahteraan rakyat.
Dalam masa sama, katanya, UMNO Sabah merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas pendekatan yang menunjukkan kepercayaan tinggi terhadap keupayaan kerajaan negeri dalam melaksanakan projek berskala besar dan kritikal.
“Fokus utama selepas ini adalah memastikan setiap projek dilaksanakan dengan cekap, telus dan berintegriti agar manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat Sabah tanpa sebarang kelewatan atau ketirisan,” ujar beliau lagi.
Beliau turut menegaskan komitmen UMNO Sabah untuk terus memainkan peranan sebagai rakan strategik dalam memastikan agenda pembangunan negeri berjalan lancar demi kesejahteraan rakyat serta masa depan Sabah yang lebih mampan. – UMNO Online
UMNO Sabah Sambut Baik Penyerahan Projek Air RM4 Bilion, Selari Semangat Autonomi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perkukuh Komunikasi Dengan Anak Muda, Dekati Mengikut Keperluan Mereka – Mohd Ridhwan
- 80 Tahun UMNO: Kerja Lebih Keras Dan Bijak, Bukan Bergantung Pada Nostalgia – Syed Hussein
- Suraya Yaacob Dilantik Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Perlekeh Keadaan Semasa, Simpati Nasib Rakyat – Mohd Razlan
You must be logged in to post a comment.