Iran pasti sertai Piala Dunia – Presiden FIFA
Iran pasti sertai Piala Dunia – Presiden FIFA

WASHINGTON – Presiden FIFA, Gianni Infantino menyatakan bahawa Iran ‘pasti’ akan mengambil bahagian dalam Piala Dunia 2026 walaupun berlaku perang di Asia Barat.
“Iran pasti akan datang. Kami berharap menjelang waktu itu, situasi akan menjadi aman, yang pastinya akan membantu.
“Namun, Iran mesti datang, mereka mewakili rakyat mereka, mereka telah layak, pemain mahu bermain,” katanya mengenai perlawanan pasukan Iran akan datang yang dijadualkan di Amerika Syarikat pada Jun 2026.
Penyertaan Iran dalam kejohanan global itu diragui akibat perang dengan Amerika Syarikat dan Israel yang meletus pada 28 Februari lalu
“Sukan harus berada di luar politik,” kata Infantino.
“Jika tiada orang lain yang percaya dalam membina jambatan dan memastikannya utuh dan bersama, kami akan melakukan tugas itu,” tambahnya.
Piala Dunia 2026 yang dihoskan bersama oleh Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada, akan bermula pada 11 Jun ini. – AFP
Iran pasti sertai Piala Dunia – Presiden FIFA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perkukuh Komunikasi Dengan Anak Muda, Dekati Mengikut Keperluan Mereka – Mohd Ridhwan
- 80 Tahun UMNO: Kerja Lebih Keras Dan Bijak, Bukan Bergantung Pada Nostalgia – Syed Hussein
- Suraya Yaacob Dilantik Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Perlekeh Keadaan Semasa, Simpati Nasib Rakyat – Mohd Razlan
You must be logged in to post a comment.