Pakistan tutup bekalan elektrik 2 jam sehari
Pakistan tutup bekalan elektrik 2 jam sehari

ISLAMABAD – Pakistan akan menutup bekalan elektrik selama kira-kira dua jam semasa waktu puncak penggunaan setiap petang hingga tengah malam, kata kerajaan dalam usaha untuk menguruskan harga tenaga yang terjejas oleh perang Iran.
Bekalan elektrik akan ditutup di sebahagian besar negara selama 2 jam dan 15 minit antara pukul 5 petang hingga 1 pagi (waktu tempatan) setiap hari, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga.
Permintaan memuncak sepanjang tempoh itu, dengan loji minyak relau mahal diperlukan untuk merapatkan jurang yang ditinggalkan oleh penjanaan hidroelektrik yang berkurangan.
Gangguan bekalan elektrik akan berlaku secara bergilir-gilir dan bukannya pada masa sama di seluruh negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Umum Bantuan Tunai Tambahan RM75 Juta Bagi Pengguna Diesel
- UMNO Ke- 80: Digitalisasi Dan Transformasi Dekati Anak Muda – Nur Arina
- Kerajaan Negeri Johor Selaras Isu Rakyat, Pastikan Tindakan Lebih Fokus dan Berimpak
Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy
Kementerian Tenaga Pakistan berkata, pemotongan bekalan elektrik itu bertujuan untuk mengurangkan penggunaan bahan api yang mahal dan mencegah kenaikan tarif yang mendadak.
Bandar terbesar di negara itu, Karachi yang menempatkan lebih 20 juta penduduk, dikecualikan daripada pemotongan tersebut.
“Bandar Karachi dan Hyderabad dikecualikan daripada penutupan (bekalan elektrik) kerana ketersediaan penjanaan kuasa kos rendah di wilayah selatan,” kata kementerian itu.
Perang Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran yang dilancarkan pada 28 Februari lalu telah menjerumuskan Asia Barat ke dalam keganasan.
Ia seterusnya menjejaskan pasaran tenaga selepas bekalan melalui Selat Hormuz disekat oleh Tehran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Reset Untuk Kembali Segar, Relevan Dalam Landskap Politik Semasa
- Puteri UMNO Adaptasi Aspirasi Anak Muda, Bukan Masa Bernostalgia
- Keyakinan Terhadap Najib Razak Tidak Luntur, Hadapi Perbicaraan – Ahmad Maslan
UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat
Kira-kira satu per lima daripada bekalan minyak dan gas asli dunia melalui selat itu dalam keadaan biasa, dengan kebanyakannya menuju ke Asia.
Pakistan amat bergantung pada laluan tersebut untuk keperluan tenaganya. Walaupun ia telah mendapatkan laluan untuk beberapa kapal tangkinya semasa krisis, kargo masih berada pada tahap premium disebabkan oleh lonjakan harga tenaga global. – AFP
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perkukuh Komunikasi Dengan Anak Muda, Dekati Mengikut Keperluan Mereka – Mohd Ridhwan
- 80 Tahun UMNO: Kerja Lebih Keras Dan Bijak, Bukan Bergantung Pada Nostalgia – Syed Hussein
- Suraya Yaacob Dilantik Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Perlekeh Keadaan Semasa, Simpati Nasib Rakyat – Mohd Razlan
You must be logged in to post a comment.