Perkukuh Komunikasi Dengan Anak Muda, Dekati Mengikut Keperluan Mereka – Mohd Ridhwan
Perkukuh Komunikasi Dengan Anak Muda, Dekati Mengikut Keperluan Mereka – Mohd Ridhwan

KUALA LUMPUR, 16 April – Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berpandangan perubahan landskap politik menuntut UMNO menyesuaikan gerak kerja dengan demografi pengundi.
Beliau yang juga Presiden Belia 4B Malaysia berkata ia termasuk dalam mendepani kelompok pengundi muda yang ketika ini semakin meningkat.
“Pengundi pertama kali di kawasan saya meningkat 30 peratus, mereka ini ramai… maka gerak kerja kena mengikut kepada kumpulan itu, buat sesuatu dengan memberi tawaran yang kena dengan mereka sama ada pengajian tinggi apatah lagi UMNO ketika ini menjuarai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
“Cuma apa yang kita hendak perbaiki adalah cara penyampaian maka menjadi tanggungjawab kita untuk mempermudahkan perkara ini supaya kelompok sasaran itu faham,” katanya.
Mohd Ridhwan berkata demikian pada wawancara #HitamPutihKelabu UMNO 8 Dekad : Reset UMNO Aspirasi Belia & Puteri yang disiarkan di Facebook UMNO Online.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Reset Untuk Kembali Segar, Relevan Dalam Landskap Politik Semasa
- Puteri UMNO Adaptasi Aspirasi Anak Muda, Bukan Masa Bernostalgia
- Keyakinan Terhadap Najib Razak Tidak Luntur, Hadapi Perbicaraan – Ahmad Maslan
UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat
Sementara itu Mohd Ridhwan turut sama menyifatkan platform media sosial sebagai satu keperluan kepada parti dalam mendekati rakyat bagi menyampaikan aspirasi dengan lebih berkesan.
Menurut beliau pendekatan tersebut penting khususnya dalam memastikan maklumat dan usaha yang dilaksanakan dapat difahami serta sampai kepada golongan sasaran dengan lebih meluas.
“Pemimpin mungkin aktif di lapangan tetapi jika tidak ditonjolkan di media sosial, masyarakat tidak nampak. Di kawasan saya sahaja ada kira-kira 122,000 penduduk, mustahil untuk saya bertemu semuanya.
“Pemimpin hari ini memang perlu ada media sosial, bukan lagi satu pilihan sebaliknya satu keperluan. Memang terdapat pelbagai maklumat di platform tersebut, namun kita yang bertanggungjawab untuk membentuk kandungan agar lebih berfaedah dan memberi nilai kepada masyarakat,” ujar beliau. – UMNO Online
Perkukuh Komunikasi Dengan Anak Muda, Dekati Mengikut Keperluan Mereka – Mohd Ridhwan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Umum Bantuan Tunai Tambahan RM75 Juta Bagi Pengguna Diesel
- UMNO Ke- 80: Digitalisasi Dan Transformasi Dekati Anak Muda – Nur Arina
- Kerajaan Negeri Johor Selaras Isu Rakyat, Pastikan Tindakan Lebih Fokus dan Berimpak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy
You must be logged in to post a comment.