80 Tahun UMNO: Kerja Lebih Keras Dan Bijak, Bukan Bergantung Pada Nostalgia – Syed Hussein

80 Tahun UMNO: Kerja Lebih Keras Dan Bijak, Bukan Bergantung Pada Nostalgia – Syed Hussein

80 Tahun UMNO: Kerja Lebih Keras Dan Bijak, Bukan Bergantung Pada Nostalgia – Syed Hussein
Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 16 April – UMNO perlu menjadikan usia 80 tahun sebagai titik tolak untuk bekerja dengan lebih keras dan bijak, bukan sekadar diraikan sebagai pencapaian sejarah semata-mata.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Syed Hussein Syed Abdullah, berkata perjalanan panjang parti itu seharusnya menjadi asas kekuatan untuk terus kekal relevan dalam landskap politik semasa yang semakin mencabar.

Menurut beliau, usia 80 tahun bukan sekadar angka, sebaliknya satu amanah besar untuk memastikan parti terus bergerak ke hadapan menerusi pendekatan yang lebih segar, realistik dan berkesan.

“80 tahun bukan sekadar angka untuk diraikan, tetapi lesen untuk bekerja dengan lebih kuat dan lebih bijak. Jatuh bangun UMNO mesti dijadikan kekuatan, bukan sekadar cerita lama. UMNO bukan parti yang hidup atas nostalgia, sebaliknya parti yang terus hidup kerana perjuangan.

“Pengalaman jatuh bangun yang dilalui parti perlu diterjemahkan kepada kekuatan sebenar, termasuk dari segi ketahanan, kematangan politik dan keupayaan membina semula kepercayaan rakyat,” katanya kepada UMNO Online.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat


Tambah Exco Pemuda UMNO Malaysia itu, UMNO tidak lagi boleh bergantung kepada sejarah semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. Sebaliknya, parti itu perlu membuktikan keupayaan semasa dalam menyelesaikan isu rakyat.

“UMNO tidak boleh bercakap tentang 80 tahun hanya dari sudut romantik sejarah. Rakyat hari ini tidak menilai UMNO berdasarkan apa yang pernah dilakukan sebelum ini semata-mata, tetapi berdasarkan apa yang mampu dilakukan sekarang,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang menjelaskan bahawa landskap kehidupan anak muda hari ini jauh berbeza berbanding generasi terdahulu.

80 Tahun UMNO: Kerja Lebih Keras Dan Bijak, Bukan Bergantung Pada Nostalgia – Syed Hussein

 

“Hari ini, generasi muda tidak lahir dalam era kemerdekaan. Mereka membesar dalam suasana kos sara hidup yang tinggi, harga rumah yang mahal, peluang pekerjaan yang tidak menentu serta tekanan sosial yang semakin meningkat. Oleh itu, UMNO mesti tampil sebagai parti yang mampu menawarkan jawapan kepada masa depan, bukan sekadar mengharapkan penghargaan atas jasa lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Aplikasi Persidangan Cawangan Untuk Raih Kembali Ahli Ke Rumah Bangsa – Tengku Adnan


“UMNO perlu dilihat sebagai parti yang mempunyai idea segar dan penyelesaian yang realistik; berani melakukan pembaharuan dalaman; memahami denyut nadi anak muda serta keluarga muda; dan berupaya memimpin Malaysia yang semakin kompleks dan moden,” jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa parti itu perlu berani melaksanakan transformasi menyeluruh agar terus kekal relevan dan diyakini rakyat, khususnya generasi muda yang akan menentukan masa depan negara.

“UMNO mesti menjadi parti yang bukan sahaja mempertahankan warisan, tetapi juga membina masa depan,” ujarnya lagi. – UMNO Online

80 Tahun UMNO: Kerja Lebih Keras Dan Bijak, Bukan Bergantung Pada Nostalgia – Syed Hussein


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker