UMNO Terima Hampir 6,300 Permohonan Masuk Semula, Termasuk Hishammuddin Dan Khairy

UMNO Terima Hampir 6,300 Permohonan Masuk Semula, Termasuk Hishammuddin Dan Khairy

UMNO Terima Hampir 6,300 Permohonan Masuk Semula, Termasuk Hishammuddin Dan Khairy

MELAKA, 17 April – UMNO menerima hampir 6,300 permohonan kemasukan semula ahli, termasuk beberapa tokoh utama parti, dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang berlangsung di sini hari ini.

Hal tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki selepas mesyuarat MKT yang dipengerusikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ujarnya, MKT menyokong dan mendukung penuh gagasan Rumah Bangsa yang dicetuskan oleh Presiden UMNO untuk menerima kembali tanpa syarat mana-mana ahli yang digantung, dipecat atau keluar parti atas apa jua faktor.

“Antara nama-nama pemohon yang telah diputuskan oleh MKT termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar dan 6,252 bekas pimpinan serta ahli di peringkat UMNO Bahagian dan Cawangan seluruh Malaysia,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan MKT turut meluluskan pindaan Peraturan Keahlian UMNO dengan membolehkan pendaftaran ahli baharu dibuat secara atas talian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy


“Selaras dengan Fasal 5.2 Perlembagaan UMNO, Majlis Kerja Tertinggi juga telah membuat pindaan terhadap Peraturan Keahlian UMNO dengan membolehkan pendaftaran secara atas talian bagi mempermudahkan kemasukan ahli baharu terutamanya di kalangan anak-anak muda.”

UMNO Terima Hampir 6,300 Permohonan Masuk Semula, Termasuk Hishammuddin Dan Khairy

Berkaitan kos sara hidup, Dr Asyraf memaklumkan bahawa MKT menyedari cabaran yang dialami oleh rakyat akibat kenaikan harga minyak dan inflasi global disebabkan kesan peperangan di Iran.

“Majlis Kerja Tertinggi menyarankan agar negeri-negeri yang diterajui oleh pimpinan UMNO khususnya Johor, Melaka, Perak dan Pahang agar memfokuskan bantuan-bantuan tambahan kepada pelbagai kelompok masyarakat yang terkesan,” katanya.

Turut dibincangkan dalam mesyuarat terbabit ialah sambutan sempena ulang tahun UMNO ke-80.

“Sempena minggu Sambutan 80 Tahun UMNO yang akan berlangsung dari 1hb Mei hingga 5hb Mei 2026 di World Trade Centre, Kuala Lumpur beberapa program utama akan dilangsungkan termasuk Konvensyen 80 Tahun UMNO, Kongres Pendidikan Bumiputera, Karnival Keusahawanan dan Pendidikan termasuklah Majlis Khas Ramah Mesra Pemuda dan Puteri UMNO bersama ahli-ahli baharu.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat


UMNO Terima Hampir 6,300 Permohonan Masuk Semula, Termasuk Hishammuddin Dan Khairy

 

Dr Asyraf juga memaklumkan berkaitan persidangan peringkat cawangan secara hibrid atau gabungan.

“Selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO, Majlis Kerja Tertinggi telah memberikan kebenaran kepada sayap-sayap parti Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri untuk mengadakan persidangan peringkat cawangan secara hibrid atau gabungan antara kehadiran secara fizikal dan secara atas talian khususnya dalam tahun yang tiada pemilihan parti,” katanya lagi. – UMNO Online

UMNO Terima Hampir 6,300 Permohonan Masuk Semula, Termasuk Hishammuddin Dan Khairy

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Perlekeh Keadaan Semasa, Simpati Nasib Rakyat – Mohd Razlan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker