UMNO Ke-80: ‘Kesetiaan Ahli Jadi Simbol Kekuatan Perjuangan Parti’

UMNO Ke-80: ‘Kesetiaan Ahli Jadi Simbol Kekuatan Perjuangan Parti’

KUALA LUMPUR, 21 April – Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Siti Aisyah Mahmood berharap UMNO pada ulang tahun ke-80 terus menjadi parti yang relevan dan unggul dalam membawa perjuangannya.

Beliau turut meluahkan keyakinan bahawa UMNO melalui kepimpinannya terus menjadi parti yang membantu rakyat dalam pelbagai aspek serta kekal diyakini masyarakat.

UMNO Ke-80: ‘Kesetiaan Ahli Jadi Simbol Kekuatan Perjuangan Parti’

“Saya mengharapkan UMNO terus kekal untuk membantu rakyat dalam pelbagai aspek. Kita sedia maklum UMNO sudah 80 tahun, bererti sebagai parti tertua di Malaysia… malah rekod sebelum ini juga menunjukkan UMNO menjaga negara seperti yang lihat pada hari ini.

“Kita sendiri lihat apa yang berlaku pada Malaysia ialah hasil daripada pemimpin-pemimpin UMNO apa yang dibuat di kampung hingga ke bandar. Pendidikan sehingga ke ekonomi semua itu daripada tangan UMNO,” katanya ketika ditemui UMNO Online baru-baru ini.

Dalam pada itu, Siti Aisyah turut menzahirkan penghargaan terhadap akar umbi yang kekal setia bersama UMNO.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Perlekeh Keadaan Semasa, Simpati Nasib Rakyat – Mohd Razlan


Malah beliau turut menyifatkan kesetiaan mereka sebagai tunjang utama yang mengukuhkan perjuangan parti dalam menghadapi pelbagai cabaran.

“Sempena ulang tahun UMNO ini saya mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli yang masih setia kepada UMNO kerana kesetiaan ini merupakan hadiah paling bermakna buat parti walaupun kita telah diuji dengan kekalahan namun anda tetap setia dengan UMNO,” ujar beliau. – UMNO Online

UMNO Ke-80: ‘Kesetiaan Ahli Jadi Simbol Kekuatan Perjuangan Parti’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Melaka Rintis Kampung Digital, Terjemah Keupayaan UMNO Realisasikan Pentadbiran

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker