Perancangan Negeri Melaka Berpaksikan Kesejahteraan Rakyat – Ab Rauf
Perancangan Negeri Melaka Berpaksikan Kesejahteraan Rakyat – Ab Rauf

MELAKA, 21 April — Segala perancangan dan keputusan yang dirangka kerajaan negeri Melaka hari ini berpaksikan satu matlamat yang jelas, iaitu memperteguh kesejahteraan rakyat, memperluas peluang dan memastikan setiap lapisan masyarakat menerima manfaat secara menyeluruh.
Demikian tegas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh seusai mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah MAIM Bil. 1/2026 dan Mesyuarat Lembaga Pengarah MCorp Bil. 1/2026, hari ini.
Menurut beliau, kerajaan negeri komited memastikan setiap dasar dan keputusan yang dibuat tidak hanya tertumpu kepada pembangunan fizikal semata-mata, sebaliknya memberi keutamaan kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
“Segala perancangan dan keputusan yang dirangka berpaksikan satu matlamat yang jelas iaitu memperteguh kesejahteraan rakyat, memperluas peluang, dan memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perkukuh Komunikasi Dengan Anak Muda, Dekati Mengikut Keperluan Mereka – Mohd Ridhwan
- 80 Tahun UMNO: Kerja Lebih Keras Dan Bijak, Bukan Bergantung Pada Nostalgia – Syed Hussein
- Suraya Yaacob Dilantik Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia
Jangan Perlekeh Keadaan Semasa, Simpati Nasib Rakyat – Mohd Razlan
Ujarnya, mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada usaha memperkasa tadbir urus negeri, termasuk memperkukuh pengurusan hal ehwal agama, pendidikan dan kewangan negeri supaya lebih cekap serta berkesan demi kepentingan rakyat.
Ab Rauf menegaskan bahawa iltizam kerajaan negeri melalui gagasan Melaka Sayang Rakyat akan terus diperkukuh agar setiap inisiatif yang dilaksanakan benar-benar memberi impak kepada kesejahteraan hidup rakyat. – UMNO Online
Perancangan Negeri Melaka Berpaksikan Kesejahteraan Rakyat – Ab Rauf
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Terima Hampir 6,300 Permohonan Masuk Semula, Termasuk Hishammuddin Dan Khairy
- ‘Jangan Hampakan Harapan Rakyat Untuk Lihat UMNO Dominan Semula’
- UMNO Sabah Sambut Baik Penyerahan Projek Air RM4 Bilion, Selari Semangat Autonomi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Melaka Rintis Kampung Digital, Terjemah Keupayaan UMNO Realisasikan Pentadbiran
You must be logged in to post a comment.