UMNO 80 Tahun: Bangkit Semula Dengan Lebih Matang – Shah Zanuriman
“Parti tidak boleh terus bergantung kepada legasi lama untuk meraih kepercayaan generasi baharu. Generasi hari ini lebih kritikal, lebih terbuka dan tidak mudah diyakinkan hanya dengan kisah silam semata-mata. Mereka mahukan bukti, tindakan dan hala tuju yang jelas.
“UMNO mesti membawa harapan baharu. Harapan yang lahir daripada kepimpinan yang berani membuat keputusan, berintegriti dan benar-benar memahami cabaran semasa seperti kos sara hidup, peluang pekerjaan dan masa depan anak muda. Jika gagal menjadi simbol harapan, maka parti ini akan kekal hanya sebagai simbol sejarah,” katanya lagi.
Beliau turut menegaskan bahawa peranan Pemuda UMNO amat penting untuk memastikan suara anak muda bukan sahaja didengar, malah diberikan ruang untuk membentuk masa depan parti.
“UMNO tidak boleh lagi dilihat sebagai milik generasi lama semata-mata. Parti ini mesti menjadi platform yang membuka ruang kepada kepimpinan baharu untuk tampil, diberi peluang dan diuji,” jelasnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Umum Bantuan Tunai Tambahan RM75 Juta Bagi Pengguna Diesel
- UMNO Ke- 80: Digitalisasi Dan Transformasi Dekati Anak Muda – Nur Arina
- Kerajaan Negeri Johor Selaras Isu Rakyat, Pastikan Tindakan Lebih Fokus dan Berimpak
Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy
Tambah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang itu, Pemuda UMNO kini berada di barisan hadapan dalam usaha melakukan perubahan, bukan sekadar mempertahankan parti, tetapi memperbaikinya dengan berani dan berprinsip.
“Sebagai wakil generasi muda, harapan kami jelas: UMNO mesti bangkit bukan kerana sejarahnya, tetapi kerana keberaniannya untuk berubah.
“UMNO mesti diyakini bukan kerana namanya, tetapi kerana tindakannya. Parti ini juga perlu kembali menjadi pilihan, bukan kerana tiada alternatif, tetapi kerana benar-benar layak memimpin masa depan negara.
“Selamat Ulang Tahun UMNO ke-80,” ujarnya lagi. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Terima Hampir 6,300 Permohonan Masuk Semula, Termasuk Hishammuddin Dan Khairy
- ‘Jangan Hampakan Harapan Rakyat Untuk Lihat UMNO Dominan Semula’
- UMNO Sabah Sambut Baik Penyerahan Projek Air RM4 Bilion, Selari Semangat Autonomi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Melaka Rintis Kampung Digital, Terjemah Keupayaan UMNO Realisasikan Pentadbiran


You must be logged in to post a comment.