UMNO Bukit Gantang Tekad Dekati Rakyat, Perhebat Jentera Cawangan

UMNO Bukit Gantang Tekad Dekati Rakyat, Perhebat Jentera Cawangan

UMNO Bukit Gantang Tekad Dekati Rakyat, Perhebat Jentera Cawangan

KUALA LUMPUR, 21 April – Akar umbi UMNO tidak boleh lagi bergerak seperti biasa, sebaliknya perlu tampil lebih tersusun, fokus dan mendekati rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie menegaskan perkara itu ketika menyampaikan amanat dalam Majlis Penyerahan Fail Penyata Persidangan dan Taklimat Persidangan UMNO Cawangan Tahun 2026.

Menurutnya, kekuatan parti bermula di peringkat cawangan yang menjadi tunjang utama gerak kerja jentera di lapangan.

“Kekuatan kita bermula di cawangan. Kalau cawangan hidup, jentera akan bergerak. Sebab itu saya minta semua Ketua dan Setiausaha cawangan ambil peranan, jangan tunggu arahan.

“Turun padang, dekati rakyat, selesaikan masalah mereka,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Melaka Rintis Kampung Digital, Terjemah Keupayaan UMNO Realisasikan Pentadbiran

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia menegaskan bahawa rakyat kini semakin matang dan tidak lagi mudah dipengaruhi dengan janji-janji semata-mata, sebaliknya mahukan hasil yang nyata daripada kepimpinan.

UMNO Bukit Gantang Tekad Dekati Rakyat, Perhebat Jentera Cawangan

“Rakyat hari ini bukan nak dengar janji semata-mata. Mereka nak lihat hasil. Jadi kita jawab dengan kerja, bukan retorik.

“Ini perjuangan… Ini tanggungjawab kita, bangkit bersama dan mara sebagai satu pasukan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sollehin menekankan kepentingan disiplin serta kesatuan dalam kalangan ahli parti bagi memastikan kekuatan UMNO terus utuh.

“Saya juga tekankan soal disiplin dan kesatuan. Kita tak ada ruang untuk berpecah. Kalau kita kuat sebagai satu pasukan, Insya-Allah kita boleh kembalikan keyakinan rakyat di Bukit Gantang,” jelasnya. – UMNO Online

UMNO Bukit Gantang Tekad Dekati Rakyat, Perhebat Jentera Cawangan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Melaka Rintis Kampung Digital, Terjemah Keupayaan UMNO Realisasikan Pentadbiran

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker