Daftar Online Keahlian UMNO Terus Meningkat, Mohd Razlan Cadang Buka Ruang Pemerhati Cawangan
Daftar Online Keahlian UMNO Terus Meningkat, Mohd Razlan Cadang Buka Ruang Pemerhati Cawangan

KUALA LUMPUR, 22 April – Sistem pendaftaran ahli dalam talian UMNO terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila merekodkan permohonan keahlian baharu yang meningkat dalam tempoh dua hari pertama pelaksanaannya.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, trend kemasukan itu memperlihatkan minat dan keyakinan terhadap parti tersebut semakin kembali segar dalam kalangan masyarakat.
Menurut beliau, peningkatan berterusan ini dijangka akan terus berlaku seiring dengan kesedaran rakyat terhadap keperluan sebuah wadah perjuangan yang stabil dan berakar di peringkat akar umbi.
“Sehingga pagi ini (hari kedua), dashboard pendaftaran merekodkan sebanyak 3,716 permohonan keahlian baharu dalam tempoh dua hari pertama. Satu petunjuk jelas bahawa minat dan keyakinan terhadap UMNO sedang kembali segar.
“Saya menjangkakan trend ini akan terus meningkat dari hari ke hari, selari dengan kesedaran masyarakat terhadap keperluan sebuah wadah perjuangan yang stabil dan berakar,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Terima Hampir 6,300 Permohonan Masuk Semula, Termasuk Hishammuddin Dan Khairy
- ‘Jangan Hampakan Harapan Rakyat Untuk Lihat UMNO Dominan Semula’
- UMNO Sabah Sambut Baik Penyerahan Projek Air RM4 Bilion, Selari Semangat Autonomi
Melaka Rintis Kampung Digital, Terjemah Keupayaan UMNO Realisasikan Pentadbiran
Dalam masa sama, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Seputeh turut mencadangkan agar ahli-ahli UMNO mengambil peranan lebih proaktif dengan membuka ruang penyertaan kepada orang ramai yang berminat untuk mendekati parti.
Antaranya termasuk menjemput mereka hadir sebagai pemerhati ke Persidangan UMNO Cawangan bagi memberi peluang melihat sendiri perjalanan mesyuarat serta proses bagaimana suara akar umbi diangkat melalui usul sebelum dibawa ke peringkat lebih tinggi.
“Kadang kala orang luar bukan tak minat, cuma belum nampak bagaimana kita mencorakkan isi ‘dalam rumah’ itu. Jika ruang ini kita buka dengan ikhlas, saya yakin ia mampu menjadi pintu masuk kepada lebih ramai golongan sasaran untuk bersama-sama memperkukuh perjuangan UMNO.
“Bukan sekadar tambah angka tetapi bersama kita bina kekuatan,” katanya lagi.
Beliau juga menegaskan pendekatan inklusif dan keterbukaan seperti itu mampu mengukuhkan lagi sokongan akar umbi serta memperluas kefahaman masyarakat terhadap proses dalaman parti.
Sila layari laman web rasmi di https://myumno.org untuk memulakan proses pendaftaran. – UMNO Online
Daftar Online Keahlian UMNO Terus Meningkat, Mohd Razlan Cadang Buka Ruang Pemerhati Cawangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perancangan Negeri Melaka Berpaksikan Kesejahteraan Rakyat – Ab Rauf
- UMNO 80 Tahun: Bangkit Semula Dengan Lebih Matang – Shah Zanuriman
- UMNO Bukit Gantang Tekad Dekati Rakyat, Perhebat Jentera Cawangan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Ke-80: ‘Kesetiaan Ahli Jadi Simbol Kekuatan Perjuangan Parti’
You must be logged in to post a comment.