UMNO 80 Tahun: Lambang Perjuangan, Pengorbanan … Perkukuh Kesatuan – Fairul Roslan

UMNO 80 Tahun: Lambang Perjuangan, Pengorbanan … Perkukuh Kesatuan – Fairul Roslan

UMNO 80 Tahun: Lambang Perjuangan, Pengorbanan … Perkukuh Kesatuan – Fairul Roslan

MELAKA, 22 April – Ulang tahun ke-80 UMNO yang bakal disambut pada 11 Mei ini bukan sekadar perayaan simbolik, tetapi membawa makna yang lebih mendalam ebagai lambang perjuangan yang penuh pengorbanan untuk direnungkan oleh generasi hari ini, kata Ketua Penerangan UMNO Negeri Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan.

Beliau yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka berkata, generasi baharu tidak boleh memandang ringan sejarah panjang parti itu yang dibina atas pengorbanan jiwa dan raga oleh nenek moyang dalam mempertahankan nasib orang Melayu.

“Sambutan ulang tahun UMNO ke-80 ini sudah pastinya sarat dengan pengajaran dan pengalaman yang kami sebagai generasi seterusnya lalui. Jasa zaman terdahulu tidak ternilai, mereka berkorban jiwa raga demi mempertahankan orang Melayu terus berdiri di tanah air sendiri.

“Kita sebagai penyambung perjuangan telah melalui pelbagai fasa untuk memastikan UMNO terus ‘survive’ dan kekal relevan dalam arena politik hari ini.

“Ini bukannya satu perjalanan yang mudah, sebaliknya penuh dengan cabaran, liku, ujian dan pengorbanan yang menuntut ketahanan serta kebijaksanaan dalam membuat keputusan,” katanya kepada UMNO Online.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Melaka Rintis Kampung Digital, Terjemah Keupayaan UMNO Realisasikan Pentadbiran



Fairul yang juga Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah menekankan bahawa kematangan generasi masa kini adalah aset paling penting untuk memastikan perjuangan UMNO tidak tenggelam ditelan zaman.>

“Dengan kematangan yang ada pada generasi hari ini, tiada tolak banding untuk kita pastikan perjuangan UMNO terus mekar dan segar dalam pemikiran orang Melayu. Kita bukan sekadar mewarisi, tetapi wajib memperkukuh dan menghidupkan semula roh perjuangan itu,” jelasnya.

Tambah beliau, wadah perjuangan UMNO yang berteraskan prinsip ‘ABATA’ perlu terus diperkukuhkan selari dengan semangat Perlembagaan Negara demi memastikan parti itu kekal relevan dan diyakini rakyat.

Menurut Fairul, ulang tahun ini wajar dijadikan titik penting untuk memperkukuh iltizam serta menyatukan kembali kekuatan parti dalam menghadapi cabaran semasa

“Justeru, saya berharap sempena ulang tahun ini, semangat Melayu dan rasa cintakan UMNO akan terus segar dalam jiwa setiap ahli.

“Kita perlu berganding bahu, memperkukuh saf perjuangan dan bersama-sama membangunkan UMNO demi masa depan anak cucu kita,” ujarnya.

Jelasnya lagi, kekuatan UMNO terletak pada kesatuan dan kesetiaan ahlinya dalam mempertahankan perjuangan yang telah dibina sejak sekian lama. – UMNO Online

UMNO 80 Tahun: Lambang Perjuangan, Pengorbanan … Perkukuh Kesatuan – Fairul Roslan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Ke-80: ‘Kesetiaan Ahli Jadi Simbol Kekuatan Perjuangan Parti’

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker