Konflik AS–Iran Uji Ketahanan Malaysia – Ahmad Zahid
Konflik AS–Iran Uji Ketahanan Malaysia – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 22 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melihat konflik yang berlaku antara Amerika Syarikat dan Iran secara tidak langsung turut memberi kesan di peringkat serantau termasuklah Malaysia.
Menurut beliau yang juga Presiden UMNO, dalam keadaan berkenaan kesan politik domestik juga tidak dapat dielakkan apabila rakyat mula menilai keupayaan kerajaan menangani krisis yang berlaku.
“Dari sudut ekonomi, walaupun keadaan ini tidak diingini, terdapat hikmah yang boleh diambil. Kita tidak mahu keadaan ini berlaku, tapi ia telah berlaku dan kita terpaksa mendepani permasalahan.
“Kita lihat, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dengan segera mengadakan mesyuarat setiap minggu membincangkan cara khusus apakah langkah-langkah jangka pendek dan jangka sederhana bagi mengatasi permasalahan yang dihadapi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada BN Forum Ke-10 yang membawa tajuk Kesan Konflik Amerika Syarikat – Iran ke atas Malaysia.
Forum tersebut dikendalikan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr, Zambry Abdul Kadir selaku moderator, manakala barisan panel terdiri daripada tokoh berpengalaman termasuk Mantan Menteri Luar, Tan Seri Syed Hamid Albar, Presiden/CEO EMIR Research Malaysia, Datuk Dr Rais Hussin dan dari Institut Pengajian ASEAN dan Antarabangsa, UIA Phar Kim Beng.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Terima Hampir 6,300 Permohonan Masuk Semula, Termasuk Hishammuddin Dan Khairy
- ‘Jangan Hampakan Harapan Rakyat Untuk Lihat UMNO Dominan Semula’
- UMNO Sabah Sambut Baik Penyerahan Projek Air RM4 Bilion, Selari Semangat Autonomi
Melaka Rintis Kampung Digital, Terjemah Keupayaan UMNO Realisasikan Pentadbiran
Perbincangan forum tersebut memberi tumpuan kepada implikasi konflik terhadap keselamatan serantau, rantaian bekalan global serta kedudukan Malaysia dalam landskap geopolitik semasa.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN turut menekankan bahawa kestabilan politik perlu terus dipelihara agar negara kekal berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan global, di samping memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. – UMNO Online
Konflik AS–Iran Uji Ketahanan Malaysia – Ahmad Zahid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perancangan Negeri Melaka Berpaksikan Kesejahteraan Rakyat – Ab Rauf
- UMNO 80 Tahun: Bangkit Semula Dengan Lebih Matang – Shah Zanuriman
- UMNO Bukit Gantang Tekad Dekati Rakyat, Perhebat Jentera Cawangan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Ke-80: ‘Kesetiaan Ahli Jadi Simbol Kekuatan Perjuangan Parti’
You must be logged in to post a comment.