UMNO 80 Tahun: Dekati Generasi Digital, Penggerak Suara Anak Muda – Nurul Amirah

UMNO 80 Tahun: Dekati Generasi Digital, Penggerak Suara Anak Muda – Nurul Amirah

MELAKA, 25 April – Pergerakan Puteri UMNO Negeri Melaka menzahirkan iltizam untuk tampil sebagai agen perubahan dengan mendekati golongan muda serta menjadi medium penting dalam menyampaikan suara mereka, khususnya wanita dan ibu muda di negeri ini.

Ketuanya, Nurul Amirah Mohd Yusof berkata peranan tersebut penting bagi memastikan denyut nadi generasi muda terus didengar dan diangkat dalam arus perjuangan parti.

Menurutnya, Puteri UMNO Melaka perlu memperkasa ruang yang ada agar suara anak muda tidak dipinggirkan, malah selari dengan perkembangan dunia digital masa kini.

UMNO 80 Tahun: Dekati Generasi Digital, Penggerak Suara Anak Muda – Nurul Amirah

“Puteri UMNO Melaka harus memperkasa ruang supaya suara anak muda didengari, dan dalam masa sama, suara digital perlu digerakkan ke hadapan. UMNO perlu bergerak seiring dengan peredaran masa, terutama dalam mendepani suara orang muda.

“Perjuangan UMNO selama 80 tahun sudah pasti mengandungi pengalaman dan pengajaran yang wajar diambil sebagai panduan. Namun, UMNO perlu menawarkan sesuatu yang baharu kepada golongan muda agar kekal relevan serta menjadi tempat mereka menyandar harapan,” katanya kepada UMNO Online.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa sejarah parti tetap penting sebagai pedoman, namun ia tidak seharusnya menjadi alasan untuk terus bernostalgia tanpa tindakan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Konflik AS–Iran Uji Ketahanan Malaysia – Ahmad Zahid


“Mengenang sejarah adalah perlu sebagai panduan masa hadapan, tetapi akar umbi tidak boleh sekadar bernostalgia. Sebaliknya, kita harus bergerak seiring dengan perubahan zaman dan realiti semasa,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Amirah yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah menjelaskan kematangan UMNO sebagai sebuah parti yang berpengalaman jelas diterjemahkan melalui barisan kepimpinan semasa yang semakin inklusif dan bersedia mendengar suara rakyat.

“Saya yakin bahawa orang muda boleh melihat suasana dimensi baharu UMNO yang lebih segar dan terbuka, walaupun parti ini sudah berusia 80 tahun.

“Kematangan parti ini sudah pasti menterjemahkan bahawa pemimpin yang ada dalam UMNO sekarang benar-benar mendengar suara rakyat serta bergerak seiring dalam memperkukuhkan parti, khususnya dalam membawa suara orang muda,” katanya lagi.

Seterusnya tambah beliau, usaha memperbaharui pendekatan politik perlu diteruskan agar UMNO kekal relevan dalam landskap semasa yang semakin mencabar.

“Teruskan membawa nada yang segar dan kita perlu bergerak ke arah dunia yang lebih terbuka, agar dapat bersama-sama merangkul pelbagai lapisan usia,” ujarnya. – UMNO Online

UMNO 80 Tahun: Dekati Generasi Digital, Penggerak Suara Anak Muda – Nurul Amirah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selangor Perlukan Kepimpinan Matang, Bukan Politik Provokasi – Mohd Zaidi

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker