Lawatan PM Ke Johor Diharap Perkukuh Keselarasan Kerajaan Persekutuan Dan Negeri – Onn Hafiz
Lawatan PM Ke Johor Diharap Perkukuh Keselarasan Kerajaan Persekutuan Dan Negeri – Onn Hafiz

KUALA LUMPUR, 25 April – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berharap lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus memperkukuh keselarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Menurutnya yang berkesempatan mengiringi lawatan kerja Perdana Menteri ke negeri Johor pada Jumaat, ia sekali gus mempercepat pelaksanaan inisiatif yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.
“Lawatan dimulakan dengan sesi makan tengah hari yang dimanfaatkan sebagai platform perbincangan strategik, merangkumi perkembangan semasa serta penyelarasan hala tuju antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya dalam memperkukuh agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat Johor,” ujarnya dalam satu perkongsian di Facebook.
Seterusnya kata Onn Hafiz, mereka turut menunaikan Solat Jumaat bersama para jemaah di Masjid Jamek Bandar Baru Permas Jaya dalam suasana penuh kebersamaan dan kesyukuran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO 80 Tahun: Lambang Perjuangan, Pengorbanan … Perkukuh Kesatuan – Fairul Roslan
- Daftar Online Keahlian UMNO Terus Meningkat, Mohd Razlan Cadang Buka Ruang Pemerhati Cawangan
- SPU Buka Pengambilan Pelajar Baharu, Perkukuh Barisan Pemimpin Pelapis

Selain itu ujarnya, lawatan diteruskan dengan sesi ramah mesra bersama warga Institut Pendidikan Guru di Institut Pendidikan Guru Temenggong Ibrahim.
“Sesi ini memberi ruang kepada perbincangan yang lebih dekat dengan warga pendidik, termasuk menyentuh kepentingan memperkasa institusi latihan guru sebagai asas dalam melahirkan generasi masa depan yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan berintegriti,” katanya lagi. – UMNO ONLINE
Lawatan PM Ke Johor Diharap Perkukuh Keselarasan Kerajaan Persekutuan Dan Negeri – Onn Hafiz
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Heret Sultan Kedah Ke Kancah Politik Jalanan ‘Cytro’
- Lapan Dekad Pengalaman UMNO, Fokus Generasi Muda Untuk Kekal Relevan – Ahmad Rahimi
- Zawawi Bidas ADUN Pas… ‘Kuman Seberang Laut Nampak, Gajah Depan Mata Tidak Diendah’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selangor Perlukan Kepimpinan Matang, Bukan Politik Provokasi – Mohd Zaidi
You must be logged in to post a comment.