Lapan Dekad Pengalaman UMNO, Fokus Generasi Muda Untuk Kekal Relevan – Ahmad Rahimi

Lapan Dekad Pengalaman UMNO, Fokus Generasi Muda Untuk Kekal Relevan – Ahmad Rahimi

Lapan Dekad Pengalaman UMNO, Fokus Generasi Muda Untuk Kekal Relevan – Ahmad Rahimi

KUALA LUMPUR, 23 April – UMNO perlu membina naratif harapan baharu yang tidak lagi bergantung kepada romantisme masa lalu, sebaliknya berasaskan keyakinan terhadap keupayaan parti dalam mencorakkan masa depan yang lebih stabil, inklusif dan progresif untuk generasi akan datang, tegas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ahmad Rahimi Abdul Samad.

Menurut beliau, realiti politik semasa menuntut UMNO keluar sepenuhnya daripada kerangka lama dan tampil dengan pendekatan baharu yang lebih segar, strategik serta berorientasikan masa depan, bukan lagi bersandar pada nostalgia silam.

“Lapan dekad “UMNO telah melalui pelbagai kitaran jatuh bangun, dan pengalaman panjang ini wajar ditafsirkan semula sebagai sumber kekuatan strategik dalam menghadapi cabaran kontemporari, bukannya sekadar naratif sejarah yang diulang tanpa makna substantif.

“Sejarah tersebut seharusnya diterjemahkan kepada keupayaan adaptasi politik, ketahanan organisasi serta kebijaksanaan kepimpinan dalam membaca perubahan landskap politik semasa yang semakin dinamik dan kompleks.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Ke-80: ‘Kesetiaan Ahli Jadi Simbol Kekuatan Perjuangan Parti’


“Parti tidak boleh terus terperangkap dalam nostalgia kegemilangan silam, sebaliknya perlu melakukan muhasabah menyeluruh serta menetapkan semula asas perjuangan yang berteraskan nilai agama, kepentingan bangsa dan kestabilan negara secara lebih segar dan relevan,” katanya kepada UMNO Online.

Mengulas lanjut, Rahimi menegaskan bahawa UMNO perlu berani keluar daripada bayang-bayang masa lalu dan mengangkat pendekatan yang lebih progresif agar kekal signifikan dalam landskap politik semasa.

Lapan Dekad Pengalaman UMNO, Fokus Generasi Muda Untuk Kekal Relevan – Ahmad Rahimi

“Kelangsungan UMNO dalam jangka panjang sangat bergantung kepada keupayaannya memahami psikologi serta orientasi generasi muda yang kini menjadi blok demografi penentu dalam setiap pilihan raya.

“Generasi baharu ini perlu diyakinkan bahawa UMNO bukan sekadar parti lama, tetapi sebuah institusi politik yang kekal relevan, stabil dan berpengalaman dalam membangunkan negara, di samping mampu menjadi wadah masa depan mereka.

“Pembinaan semula imej UMNO dalam kalangan anak muda perlu dilaksanakan secara strategik dan konsisten, dengan menanam keyakinan bahawa parti ini mempunyai visi yang jelas serta keupayaan untuk mengangkat aspirasi mereka ke peringkat dasar,” jelasnya.

Dalam masa sama, Rahimi menegaskan bahawa UMNO perlu memahami secara mendalam kehendak, corak pemikiran, cabaran ekonomi dan sosial, serta kecenderungan trend generasi muda agar setiap tawaran politik yang dikemukakan benar-benar selari dengan realiti kehidupan mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Melaka Rintis Kampung Digital, Terjemah Keupayaan UMNO Realisasikan Pentadbiran


“Kegagalan UMNO menarik sokongan saluran muda Melayu dalam pilihan raya lalu menunjukkan bahawa pengaruh propaganda politik identiti yang dimainkan oleh Perikatan Nasional telah berjaya membentuk persepsi dan tingkah laku pengundi muda.

“Segmen ini perlu diberi keutamaan strategik sebagai medan utama pemulihan sokongan, dengan pendekatan berasaskan data, komunikasi yang berkesan serta tawaran dasar yang konkrit dan menyentuh keperluan sebenar mereka,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa pendekatan berfokus kepada golongan belia bukan lagi sekadar pilihan strategik, sebaliknya satu keperluan mendesak yang mesti dilaksanakan secara menyeluruh dan konsisten.

“Tumpuan terhadap generasi muda bukan lagi satu pilihan, tetapi keperluan kritikal bagi memastikan kelangsungan dan kerelevanan UMNO dalam landskap politik Malaysia pada masa hadapan,” katanya lagi.- UMNO Online

Lapan Dekad Pengalaman UMNO, Fokus Generasi Muda Untuk Kekal Relevan – Ahmad Rahimi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Konflik AS–Iran Uji Ketahanan Malaysia – Ahmad Zahid

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker