Zawawi Bidas ADUN Pas… ‘Kuman Seberang Laut Nampak, Gajah Depan Mata Tidak Diendah’

Zawawi Bidas ADUN Pas… ‘Kuman Seberang Laut Nampak, Gajah Depan Mata Tidak Diendah’

Zawawi Bidas ADUN Pas… ‘Kuman Seberang Laut Nampak, Gajah Depan Mata Tidak Diendah’

KUALA LUMPUR, 23 April – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Zawawi Othman menempelak wakil rakyat Pas yang dilihat cuba mempolitikkan isu pemilikan tanah peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor yang mempersoalkan kelewatan pemberian hak milik tanah kepada peneroka Kesedar.

“ADUN Pas Melor persoal kenapa tidak beri milik tanah kepada penoroka oleh Kesedar.

“Saya sudah mengorak langkah dalam hal beri milik tanah kepada peneroka bermula saya melangkah masuk ke dalam Kesedar atas arahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

“Majlis tandatangan borang tukar milik tanah atau 14A telah dimulakan seawal 2025 setahun yang lalu,” katanya menerusi satu kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Ke-80: ‘Kesetiaan Ahli Jadi Simbol Kekuatan Perjuangan Parti’


Sementara itu beliau turut memaklumkan Kesedar bukan sahaja memberi tumpuan kepada pemilikan tanah, malah turut merangka pelan pembangunan masa depan bagi generasi peneroka.

Jelasnya, antara inisiatif yang sedang dilaksanakan termasuk projek penyediaan 100 lot tapak kediaman di Pusat Pertumbuhan Desa Sungai Asap Fasa 1 dengan kos hampir RM15 juta.

“Manakala projek Pusat Pertumbuhan Desa Paloh sedang dalam proses tender dalam anggaran kos RM10 juta.

“ADUN Melor tidak perlu jadi hero dalam hal ini kerana peneroka sudah dimaklumkan lebih setahun lalu,” ujar beliau.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Melaka Rintis Kampung Digital, Terjemah Keupayaan UMNO Realisasikan Pentadbiran


Dalam pada itu, Zawawi turut menyarankan agar wakil rakyat berkenaan memberi tumpuan kepada isu pemilikan tanah di bawah kerajaan negeri Kelantan.

“Jangan kuman seberang laut ADUN Melor nampak tapi gajah depan mata tidak nampak. Saranan saya ADUN Melor perlu mendesak Kerajaan Negeri Kelantan selesaikan masalah pemilikan tanah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) atau dulu dikenali sebagai tanah takdir yang lebih awal dari penubuhan Kesedar lagi. Itu pun tak selesai.

“Saya juga menyarankan ADUN Melor mendesak Kerajaan Negeri bagi hak milik tanah kepada peserta Felcra terutama di Panggong Lalat dan Bukit Tandak. Kesian peneroka tanah yang diusahakan dengan bantuan Felcra akhirnya menggigit jari setelah kerajaan Kelantan menarik balik tanah tersebut,” katanya lagi. – UMNO Online

Zawawi Bidas ADUN Pas… ‘Kuman Seberang Laut Nampak, Gajah Depan Mata Tidak Diendah’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Konflik AS–Iran Uji Ketahanan Malaysia – Ahmad Zahid

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker