Jangan Heret Sultan Kedah Ke Kancah Politik Jalanan ‘Cytro’
Jangan Heret Sultan Kedah Ke Kancah Politik Jalanan ‘Cytro’

KUALA LUMPUR, 23 April – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin mengingatkan Kerajaan Negeri Kedah untuk tidak mengheret institusi diraja negeri ke kancah politik jalanan ‘cytro’.
Ujarnya, kedudukan Raja-Raja Melayu wajib dihormati dan dipelihara daripada sebarang percaturan politik sempit.
“Saya berpandangan tegas bahawa institusi Raja-Raja Melayu merupakan payung negeri, lambang perpaduan rakyat dan komponen utama dalam kerangka Perlembagaan negara. Ia wajib dihormati dan dipelihara kedudukannya daripada sebarang polemik politik kepartian.
“Institusi Raja Melayu adalah tonggak utama dalam sistem kenegaraan negara. Kedudukannya dijamin di bawah Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan, justeru ia wajib dihormati dan dipelihara daripada sebarang percaturan politik sempit.
“Saya percaya bahawa sebarang dasar, slogan atau gagasan kerajaan negeri boleh diperdebatkan dan dinilai secara terbuka oleh rakyat dalam semangat demokrasi. Namun jangan sesekali cuba memutarbelit seolah-olah pandangan berbeza terhadap pentadbiran negeri merupakan penghinaan kepada Tuanku Sultan Kedah,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perancangan Negeri Melaka Berpaksikan Kesejahteraan Rakyat – Ab Rauf
- UMNO 80 Tahun: Bangkit Semula Dengan Lebih Matang – Shah Zanuriman
- UMNO Bukit Gantang Tekad Dekati Rakyat, Perhebat Jentera Cawangan
UMNO Ke-80: ‘Kesetiaan Ahli Jadi Simbol Kekuatan Perjuangan Parti’

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok turut menegaskan bahawa institusi Raja-Raja Melayu perlu sentiasa dipertahankan kerana ia menjadi simbol kestabilan, penyatuan dan kesejahteraan rakyat.
“Tindakan menjadikan nama Tuanku dan institusi Istana sebagai perisai politik adalah perbuatan tidak bertanggungjawab, keterlaluan dan hanya akan mencemarkan kemuliaan institusi diraja itu sendiri.
“Saya meyakini bahawa institusi Raja-Raja Melayu perlu sentiasa dipertahankan, dipelihara kedaulatannya dan dijunjung selaras dengan semangat Perlembagaan negara. Sejak dahulu hingga hari ini, institusi ini menjadi simbol kestabilan, penyatuan dan kesejahteraan rakyat.
“Menjunjung kasih kepada Tuanku Sultan Kedah adalah pendirian saya yang tidak berbelah bahagi. Atas sebab itu, institusi Raja hendaklah terus dipelihara sebagai lambang penyatuan rakyat dan kestabilan negeri, bukannya dijadikan alat dalam percaturan politik sempit,” katanya lagi. – UMNO Online
Jangan Heret Sultan Kedah Ke Kancah Politik Jalanan ‘Cytro’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO 80 Tahun: Lambang Perjuangan, Pengorbanan … Perkukuh Kesatuan – Fairul Roslan
- Daftar Online Keahlian UMNO Terus Meningkat, Mohd Razlan Cadang Buka Ruang Pemerhati Cawangan
- SPU Buka Pengambilan Pelajar Baharu, Perkukuh Barisan Pemimpin Pelapis
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.