KESEDAR Perkukuh Agenda Peneroka, Proses Pemilikan Tanah Dipacu Lebih Tersusun

KESEDAR Perkukuh Agenda Peneroka, Proses Pemilikan Tanah Dipacu Lebih Tersusun

KESEDAR Perkukuh Agenda Peneroka, Proses Pemilikan Tanah Dipacu Lebih Tersusun

KUALA LUMPUR, 25 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menegaskan komitmen berterusan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dalam memastikan isu pemilikan tanah peneroka terus diperkasa secara sistematik dan menyeluruh.

Beliau yang juga ahli Lembaga Pengarah KESEDAR menjelaskan, sejak tahun 1982, KESEDAR telah memulakan permohonan milik tanah melibatkan 40 lot, namun sehingga kini hanya 31 lot berjaya diluluskan dan didaftarkan dengan jumlah bayaran premium mencecah RM20.5 juta.

“Masih terdapat sembilan lot tanah berkeluasan 1,358.098 hektar yang melibatkan 196 peneroka dalam proses permohonan milik. Ini menunjukkan usaha berterusan sedang dilaksanakan bagi memastikan setiap peneroka mendapat hak sewajarnya.

“Enam lot ladang seluas 846.223 hektar melibatkan seramai 113 peneroka telah diluluskan dengan kaedah pembelian tanah ke atas tanah Pesuruhjaya Tanah Kelantan (PTK) dengan nilai jualan harga tanah sebanyak RM 54,205,369.00. Tiga lot ladang belum diluluskan permohonan milik dengan keluasan 511.875 hektar melibatkan seramai 83 peneroka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Konflik AS–Iran Uji Ketahanan Malaysia – Ahmad Zahid


“Lot-lot tanah yang telah dimiliki oleh KESEDAR sebanyak 31 lot dengan keluasan 13,105.41 hektar yang melibatkan seramai 1,949 peneroka mula dilaksanakan proses kerja ukur pecah sempadan pada tahun 2014,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO Online.

Tambah Azmawi, daripada 31 lot yang telah dimiliki KESEDAR dengan keluasan keseluruhan 13,105.41 hektar, proses ukur pecah sempadan yang bermula sejak 2014 kini menunjukkan perkembangan positif apabila 26 lot telah berjaya diselesaikan sehingga tahun 2026.

“Proses ini melibatkan seramai 1,813 peneroka dengan kos keseluruhan berjumlah RM10.85 juta. Ini adalah bukti kesungguhan KESEDAR dalam memastikan setiap peneroka dapat menikmati hak milik secara teratur dan sah,” ujarnya.

Azmawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan memaklumkan bahawa KESEDAR telah memohon sekatan kepentingan bagi 942 lot melibatkan 760 peneroka melalui Kerajaan Negeri dan telah diluluskan pada 5 November 2024.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Ke-80: ‘Kesetiaan Ahli Jadi Simbol Kekuatan Perjuangan Parti’


“Permohonan ini akan diteruskan secara berperingkat bagi meliputi keseluruhan lot peneroka RKT KESEDAR, selaras dengan agenda memperkukuh kedudukan ekonomi dan sosial mereka,” katanya lagi.

Azmawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang turut menjelaskan bahawa langkah proaktif dalam isu pemilikan tanah ini digerakkan sejurus beliau menyertai KESEDAR, selaras dengan arahan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

KESEDAR Perkukuh Agenda Peneroka, Proses Pemilikan Tanah Dipacu Lebih Tersusun

“Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah meluluskan pelupusan tanah KESEDAR kepada peneroka pada 4 September 2025 mengikut peruntukan Seksyen 8(2), Akta 203, yang menetapkan pelupusan aset modal perlu mendapat kelulusan Menteri.
“Ini bukan sekadar soal pemilikan tanah, tetapi satu usaha menyeluruh untuk mengangkat martabat peneroka dan generasi KESEDAR,” tegasnya.

Jelasnya, KESEDAR kini turut mengorak langkah dalam menyediakan penempatan generasi baharu melalui pembangunan 100 lot tapak kediaman di Pusat Pertumbuhan Desa Sungai Asap dengan kos hampir RM15 juta, manakala projek di Paloh sedang dalam proses tender dengan anggaran RM10 juta.

Dalam pada itu, program Tanam Semula Ladang yang dilaksanakan sejak 2007 hingga 2025 telah menelan belanja hampir RM375 juta melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan.

“Peneroka turut menerima Insentif Galakan Tanam Semula atau Sara Hidup sebanyak RM1,000 sebulan sepanjang tempoh ladang belum berhasil, dengan kos keseluruhan hampir RM235 juta yang ditanggung KESEDAR.

“Walaupun hak milik individu masih dalam proses, hampir 1,624 peneroka kini telah mula mengurus dan menikmati hasil ladang sejak tahun 2020,” ujarnya lagi.

Tegasnya lagi, segala usaha ini membuktikan kesungguhan kerajaan dan KESEDAR dalam membela nasib peneroka, sekali gus memastikan kelangsungan pembangunan luar bandar terus menjadi keutamaan demi kesejahteraan rakyat.- UMNO Online

KESEDAR Perkukuh Agenda Peneroka, Proses Pemilikan Tanah Dipacu Lebih Tersusun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selangor Perlukan Kepimpinan Matang, Bukan Politik Provokasi – Mohd Zaidi

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker