Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal
Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal

KUALA LUMPUR, 25 April – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berpandangan bahawa Program Puteri e-Biz: Memperkasa Usahawan Digital Wanita Muda merupakan salah satu usaha untuk membantu wanita muda memahami realiti ekonomi semasa.
Ujarnya, program tersebut juga menjadi ruang untuk para peserta mengenali perjuangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dengan lebih dekat di samping menarik minat mereka terhadap parti.
“Kadangkala, masyarakat melihat Puteri UMNO hanya dari sudut politik semata-mata kerana ia mewakili sayap wanita muda. Namun hakikatnya, perjuangan Puteri UMNO bukan hanya tertumpu kepada politik, tetapi juga kepada usaha membantu wanita muda di Malaysia memahami realiti ekonomi semasa termasuk cabaran, kekangan dan kesusahan yang dihadapi.
“Melalui pendekatan sebegini, kita bukan sahaja dapat membantu mereka, malah membuka ruang untuk mereka mengenali perjuangan Puteri UMNO dengan lebih dekat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO 80 Tahun: Lambang Perjuangan, Pengorbanan … Perkukuh Kesatuan – Fairul Roslan
- Daftar Online Keahlian UMNO Terus Meningkat, Mohd Razlan Cadang Buka Ruang Pemerhati Cawangan
- SPU Buka Pengambilan Pelajar Baharu, Perkukuh Barisan Pemimpin Pelapis
“Ini juga boleh menjadi salah satu cara untuk menarik minat golongan muda agar bersama-sama dengan kita. Jika dikatakan politik bukan lagi menjadi keutamaan golongan muda hari ini, maka pendekatan seperti ini mampu menjadi jambatan untuk mereka mengenali UMNO dan seterusnya Puteri UMNO,” katanya kepada UMNO Online.
Jelasnya, program yang berlangsung pada Sabtu itu tidak hanya tertumpu kepada had umur Pergerakan Puteri UMNO malah diperluaskan sehingga 40 tahun ke bawah.
“Dari segi had umur, Puteri UMNO ditetapkan antara 18 hingga 35 tahun. Namun, pada hari ini kita turut melihat penyertaan peserta berumur 37, 38 malah 39 tahun. Mengapa perkara ini berlaku?
“Walaupun terdapat had umur yang ditetapkan, kita tidak boleh mengetepikan hakikat bahawa kejayaan wanita muda sering bermula sekitar usia 34 tahun ke atas. Ini berdasarkan statistik dan kajian semasa.
“Justeru, program hari ini tidak hanya tertumpu kepada had umur Puteri semata-mata, tetapi turut dibuka kepada wanita berumur 40 tahun ke bawah. Tujuannya adalah untuk menjadikan program ini sebagai jambatan ke arah kemajuan dan kejayaan mereka, Insya-Allah,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perancangan Negeri Melaka Berpaksikan Kesejahteraan Rakyat – Ab Rauf
- UMNO 80 Tahun: Bangkit Semula Dengan Lebih Matang – Shah Zanuriman
- UMNO Bukit Gantang Tekad Dekati Rakyat, Perhebat Jentera Cawangan
UMNO Ke-80: ‘Kesetiaan Ahli Jadi Simbol Kekuatan Perjuangan Parti’

Dalam pada itu, beliau berpandangan bahawa perjuangan agar had umur Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dinaikkan ke 40 tahun perlu diperhalusi oleh para pemimpin parti.
“Berkenaan persoalan sama ada ini merupakan isyarat untuk menaikkan had umur Puteri, ia sebenarnya bukan sekadar isyarat, tetapi satu realiti yang wajar difikirkan. Puteri UMNO kini berusia 25 tahun.
“Maka, bagaimana sayap ini dapat terus memperjuangkan agenda wanita muda untuk 25 tahun akan datang jika skop umur terlalu terhad? Ini adalah satu perkara yang perlu direnungkan demi kelangsungan dan relevansi perjuangan Puteri UMNO,” katanya lagi. – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati Azman
Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Heret Sultan Kedah Ke Kancah Politik Jalanan ‘Cytro’
- Lapan Dekad Pengalaman UMNO, Fokus Generasi Muda Untuk Kekal Relevan – Ahmad Rahimi
- Zawawi Bidas ADUN Pas… ‘Kuman Seberang Laut Nampak, Gajah Depan Mata Tidak Diendah’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selangor Perlukan Kepimpinan Matang, Bukan Politik Provokasi – Mohd Zaidi
You must be logged in to post a comment.