Seramai 3,526 Penerima Manfaat Perumahan Kasih Johor Fasa 1 Dan 2 – MB
Seramai 3,526 Penerima Manfaat Perumahan Kasih Johor Fasa 1 Dan 2 – MB

KUALA LUMPUR, 26 April – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersyukur seramai 3,526 penerima telah menerima manfaat di bawah Perumahan Kasih Johor (PKJ) Fasa 1 dan Fasa 2 dengan peruntukan RM14.9 juta.
Katanya, menerusi majlis penyerahan bagi Fasa 2, seramai 2,506 penerima telah menerima manfaat PKJ dengan hampir RM10.53 juta disalurkan sebagai komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat memiliki, memasuki dan menyewa rumah dengan lebih mampu.
“Majlis ini menghimpunkan pelaksanaan tiga inisiatif utama iaitu Bantuan Beli Rumah Pertama, Bantuan Masuk Rumah Pertama dan Bantuan Sewa Rumah, sebagai pendekatan menyeluruh Kerajaan Negeri dalam menangani cabaran kos sara hidup serta memperluas akses kepada kediaman yang selesa, berkualiti dan mampu milik.
“Melalui PKJ, Kerajaan Negeri menyediakan Bantuan Beli Rumah Pertama sebanyak RM5,000, Bantuan Masuk Rumah Pertama sebanyak RM2,000, serta Bantuan Sewa Rumah yang ditambah baik syarat kelayakan dan peningkatan bantuan sehingga RM2,500 secara one-off.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO 80 Tahun: Lambang Perjuangan, Pengorbanan … Perkukuh Kesatuan – Fairul Roslan
- Daftar Online Keahlian UMNO Terus Meningkat, Mohd Razlan Cadang Buka Ruang Pemerhati Cawangan
- SPU Buka Pengambilan Pelajar Baharu, Perkukuh Barisan Pemimpin Pelapis
“Inisiatif ini terbuka kepada semua Bangsa Johor tanpa mengira kaum, dengan pendekatan inklusif yang memberi peluang lebih luas kepada rakyat memiliki atau menyewa kediaman tanpa beban kewangan yang berlebihan,” kata Onn Hafiz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dalam satu perkongsian di Threads.
Jelasnya lagi, dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri mengambil langkah strategik dengan memperluaskan Bantuan Beli dan Masuk Rumah Pertama kepada golongan M40, khususnya bagi kediaman lot Bumiputera dalam julat harga RM300,000 hingga RM650,000.

“Pendekatan ini memastikan lebih ramai berpeluang memiliki dan mendiami rumah sendiri, di samping mengelakkan unit Bumiputera kekal kosong serta mengekalkan matlamat asal dasar pemilikan hartanah Bumiputera,” katanya.
Seterusnya, Onn Hafiz mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor dan pasukan Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) atas komitmen berterusan dalam menjayakan agenda perumahan negeri demi kesejahteraan Bangsa Johor.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Heret Sultan Kedah Ke Kancah Politik Jalanan ‘Cytro’
- Lapan Dekad Pengalaman UMNO, Fokus Generasi Muda Untuk Kekal Relevan – Ahmad Rahimi
- Zawawi Bidas ADUN Pas… ‘Kuman Seberang Laut Nampak, Gajah Depan Mata Tidak Diendah’
Selangor Perlukan Kepimpinan Matang, Bukan Politik Provokasi – Mohd Zaidi
“Semoga bantuan ini benar-benar dapat memberi kelegaan kepada rakyat dalam mendepani cabaran kos sara hidup, sekali gus membantu lebih ramai Bangsa Johor memiliki kediaman sendiri serta menikmati kehidupan yang lebih stabil dan selesa. Insya-Allah,” katanya. – UMNO ONLINE
Seramai 3,526 Penerima Manfaat Perumahan Kasih Johor Fasa 1 Dan 2 – MB
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KESEDAR Perkukuh Agenda Peneroka, Proses Pemilikan Tanah Dipacu Lebih Tersusun
- UMNO 80 Tahun: Dekati Generasi Digital, Penggerak Suara Anak Muda – Nurul Amirah
- Lawatan PM Ke Johor Diharap Perkukuh Keselarasan Kerajaan Persekutuan Dan Negeri – Onn Hafiz
- LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal
You must be logged in to post a comment.