Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor
Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor

SHAH ALAM, 26 April – Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Negeri Selangor Datuk Rizam Ismail mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk penyebaran kandungan yang berunsur penghinaan, provokasi atau cubaan mengaitkan institusi Diraja dengan perkara tidak wajar adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab serta boleh menggugat kestabilan sosial.
Tegas Rizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, perkara sedemikian tidak seharusnya diberi ruang dalam masyarakat.
“Institusi Diraja merupakan payung negeri, lambang perpaduan serta tunjang kepada
kestabilan yang telah lama kita kecapi.
“Justeru, menjadi tanggungjawab bersama untuk memelihara kemuliaan dan kehormatan institusi ini daripada sebarang unsur yang boleh mencemarkan nama baiknya,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO 80 Tahun: Lambang Perjuangan, Pengorbanan … Perkukuh Kesatuan – Fairul Roslan
- Daftar Online Keahlian UMNO Terus Meningkat, Mohd Razlan Cadang Buka Ruang Pemerhati Cawangan
- SPU Buka Pengambilan Pelajar Baharu, Perkukuh Barisan Pemimpin Pelapis
Ulasnya juga, dengan penuh takzim dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, beliau ingin menzahirkan kebimbangan terhadap perkembangan mutakhir yang boleh menjejaskan keharmonian serta perpaduan rakyat di Negeri Selangor.
“Negeri Selangor yang kita cintai ini merupakan sebuah negeri yang majmuk, dihuni oleh rakyat pelbagai kaum, agama dan latar belakang.
“Selama ini, kekuatan kita terletak pada sikap saling menghormati, toleransi dan semangat kebersamaan yang tinggi dalam kalangan rakyat,” ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama, Rizam menyeru seluruh rakyat Selangor agar terus mengamalkan sikap matang dan berhemah dalam menggunakan media sosial.
“Jangan mudah terpengaruh dengan kandungan yang tidak sahih atau bersifat provokatif yang hanya akan mengeruhkan keadaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Heret Sultan Kedah Ke Kancah Politik Jalanan ‘Cytro’
- Lapan Dekad Pengalaman UMNO, Fokus Generasi Muda Untuk Kekal Relevan – Ahmad Rahimi
- Zawawi Bidas ADUN Pas… ‘Kuman Seberang Laut Nampak, Gajah Depan Mata Tidak Diendah’
Selangor Perlukan Kepimpinan Matang, Bukan Politik Provokasi – Mohd Zaidi
“Saya juga menegaskan supaya pihak berkuasa bertindak segera menjalankan tanggungjawab mereka dengan sewajarnya bagi memastikan sebarang pelanggaran undang-undang ditangani secara adil dan berkesan.
“Marilah kita bersama-sama memperkukuh perpaduan, memelihara keharmonian dan memastikan Negeri Selangor terus kekal sebagai negeri yang aman, stabil dan sejahtera untuk semua. Semoga Allah SWT terus memelihara Negeri Selangor dan rakyatnya di bawah naungan Tuanku,” katanya. – UMNO ONLINE
Rizam Kecam Sekeras-kerasnya Hantaran Hina Institusi Diraja Selangor
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KESEDAR Perkukuh Agenda Peneroka, Proses Pemilikan Tanah Dipacu Lebih Tersusun
- UMNO 80 Tahun: Dekati Generasi Digital, Penggerak Suara Anak Muda – Nurul Amirah
- Lawatan PM Ke Johor Diharap Perkukuh Keselarasan Kerajaan Persekutuan Dan Negeri – Onn Hafiz
- LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal
You must be logged in to post a comment.