Puteri e-Biz Perkasa Usahawan Wanita Muda, Selaras Landskap Ekonomi Digital
Puteri e-Biz Perkasa Usahawan Wanita Muda, Selaras Landskap Ekonomi Digital

KUALA LUMPUR, 25 April – Pengerusi Biro Ekonomi Puteri UMNO Malaysia, Nooryana Najwa Najib menegaskan bahawa Program Puteri e-Biz: Memperkasa Usahawan Digital Wanita Muda merupakan inisiatif penting dalam membantu golongan itu menyesuaikan diri dengan perubahan landskap ekonomi digital masa kini.
Menurut beliau, program tersebut memberi fokus kepada usaha mentransformasikan usahawan wanita muda agar lebih bersedia mengadaptasi teknologi terkini termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan sistem pembayaran tanpa tunai dalam perniagaan.
“Dalam era digital hari ini, usahawan tidak boleh lagi bergantung kepada kaedah konvensional semata-mata. Mereka perlu berani berubah dan memanfaatkan teknologi seperti sistem tanpa tunai bagi memastikan perniagaan terus berdaya saing.
“Program ini bukan sahaja memberi pendedahan, malah menyediakan platform untuk usahawan wanita muda memahami keperluan sebenar dunia perniagaan masa kini serta peluang yang boleh dimanfaatkan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO 80 Tahun: Lambang Perjuangan, Pengorbanan … Perkukuh Kesatuan – Fairul Roslan
- Daftar Online Keahlian UMNO Terus Meningkat, Mohd Razlan Cadang Buka Ruang Pemerhati Cawangan
- SPU Buka Pengambilan Pelajar Baharu, Perkukuh Barisan Pemimpin Pelapis
Tambahnya, keunikan program ini turut diperkukuh melalui kerjasama strategik bersama ToyyibPay yang menawarkan solusi pembayaran patuh syariah dengan caj tetap serendah RM1 bagi setiap transaksi.
“Berbeza dengan platform lain seperti kad kredit atau e-dompet yang mengenakan caj peratusan tertentu, ToyyibPay tampil dengan pendekatan lebih mesra usahawan kecil dan sederhana.
“Ini secara tidak langsung membantu mengurangkan kos operasi perniagaan, khususnya bagi usahawan yang baru berjinak dalam dunia digital,” jelasnya lagi.

Dalam masa sama, kerjasama bersama Seedflex turut membuka peluang pembiayaan patuh syariah tanpa faedah kepada usahawan, dengan kadar tetap sebanyak 6 peratus.
“Melalui inisiatif ini, usahawan Puteri UMNO berpeluang mendapatkan pembiayaan dalam tempoh yang lebih cepat, iaitu sekitar dua bulan, sekali gus membantu mereka mengembangkan perniagaan dengan lebih efisien,” katanya.
Selain itu, peserta program juga didedahkan dengan kemudahan pembinaan laman web secara DIY yang ditawarkan oleh ToyyibPay dengan pakej khas, sekali gus memudahkan usahawan membina kehadiran digital masing-masing.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Heret Sultan Kedah Ke Kancah Politik Jalanan ‘Cytro’
- Lapan Dekad Pengalaman UMNO, Fokus Generasi Muda Untuk Kekal Relevan – Ahmad Rahimi
- Zawawi Bidas ADUN Pas… ‘Kuman Seberang Laut Nampak, Gajah Depan Mata Tidak Diendah’
Selangor Perlukan Kepimpinan Matang, Bukan Politik Provokasi – Mohd Zaidi
Mengulas lanjut, beliau menyifatkan program ini sebagai satu langkah signifikan dalam memperkukuh perniagaan usahawan Bumiputera melalui pendigitalan.
“Program ini merupakan projek perintis yang dimulakan di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Alhamdulillah, maklum balas yang diterima amat positif.
“Insya-Allah, kita akan memperluaskan pelaksanaan program ini ke negeri-negeri lain agar lebih ramai usahawan wanita muda dapat memanfaatkan inisiatif yang disediakan,” katanya lagi. – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati Azman
Puteri e-Biz Perkasa Usahawan Wanita Muda, Selaras Landskap Ekonomi Digital
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KESEDAR Perkukuh Agenda Peneroka, Proses Pemilikan Tanah Dipacu Lebih Tersusun
- UMNO 80 Tahun: Dekati Generasi Digital, Penggerak Suara Anak Muda – Nurul Amirah
- Lawatan PM Ke Johor Diharap Perkukuh Keselarasan Kerajaan Persekutuan Dan Negeri – Onn Hafiz
- LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri e-Biz: Usaha Bantu Wanita Muda Fahami Realiti Ekonomi Semasa – Nurul Amal
You must be logged in to post a comment.